Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkuflickr
dbkufb
Sarawak sasar jadi negeri paling hijau
Posted on : 26 Mar 2021  Source of News: Media Permata
 

KUCHING, 26 MAC – Sarawak mahu menjadi negeri paling hijau di Malaysia dengan mengekalkan kehijauan hutan belantaranya, kata Ketua Menterinya Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini.

Beliau berkata walaupun meletakkan sasaran mencapai status sebuah negeri maju menjelang 2030, Sarawak tidak akan sesekali mengorbankan kehijauan alam sekitarnya.

Abang Johari berkata Sarawak akan meneruskan dasar kehijauan negeri itu menerusi inisiatif penanaman semula pokok daripada spesies yang cepat membesar dan mengguna pakai jentera dan teknologi baharu penanaman.

“Dasar kita adalah kita akan tanam pokok di kawasan yang telah kita tebang pokoknya untuk tujuan pembalakan kerana kayu merupakan sumber penting ekonomi negeri ini sehingga ke hari ini.

“Kita akan terus laksanakan program restorasi hutan kita dengan menanam pokok-pokok cepat membesar untuk kegunaan industri hiliran kayu kita,” katanya pada sambutan Hari Hutan Antarabangsa peringkat negeri Sarawak di Taman Tasik Bukit Siol di sini.

Abang Johari berkata buat masa ini, 4.2 peratus atau 2.2 juta hektar daripada keseluruhan kawasan hutan negara adalah di Sarawak, menjadikannya yang terbesar di Malaysia.

Katanya, kerajaan negeri akan mewartakan Taman Tasik Bukit Siol berhampiran Bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di sini sebagai taman alam semula jadi yang kedua di Kuching selepas Taman Alam Sekitar Stutong dengan penanaman pelbagai spesies pokok. – Bernama