Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkuflickr
dbkufb
KJM badan sukarela wakili komuniti setempat dalam kawasan DBKU
Posted on : 29 Mar 2021  Source of News: Utusan Borneo
 

 Junaidi (kiri) dan Dr Abdul Rahman (dua kiri) hadir untuk merasmikan majlis itu malam kelmarin. RASMI: Junaidi (kiri) dan Dr Abdul Rahman (dua kiri) hadir untuk merasmikan majlis itu malam kelmarin.

KUCHING:Kejiranan Mesra (KJM) yang dilantik Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) adalah sebuah badan sukarela yang mewakili komuniti setempat dalam kawasan tadbiran DBKU.

Menurut satu kenyataan, KJM merupakan kumpulan fokus oleh DBKU dalam usaha  melahirkan sebuah komuniti yang sejahtera serta menepati kriteria Pelan CBSSS Clean Beautiful Safe Smart and Sustainable.

“Pelantikan KJM juga sebagai salah satu platform DBKU untuk memperkasakan daya saing komuniti setempat agar seiring dengan pembangunan semasa agar mereka tidak ketinggalan.

“Pelbagai kursus dan bengkel serta program telah diadakan bagi meningkatkan lagi kecekapan tataurus KJM dalam mengelola program keusahawanan, sukan, riadah, komuniti dan sebagainya,” katanya.

Tambahnya,  seramai 50 pengerusi KJM mengikuti Bengkel Pemerkasaan Kejiranan Mesra DBKU 2021 yang diadakan kali ini.

Ia sebagai tanda penghargaan kepada penglibatan mereka dan pada masa yang sama membuka ruang kepada mereka untuk bersuai kenal dengan pengerusi baharu KJM untuk sesi 2021-2022.

Satu majlis makan malam diadakan bersama Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi yang juga merupakan Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) malam kelmarin di Dewan Sunset, Damai Beach Resort.

Hadir sama Datuk Bandar DBKU Datu Junaidi Reduan yang turut bersama menyempurnakan penyampaian Sijil Pelantikan Pengerusi KJM 2021-2022.

“Semoga komuniti setempat terus bekerjasama dengan DBKU dan mengukuhkan lagi semangat sukarela dalam kalangan mereka demi kesejahteraan semua warga kota,” tegasnya.