Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 26
total visitor Total Visitors 8,068,650
Pasar tani, tamu, malam di Kuching, Kota Samarahan kini tidak dibenarkan beroperasi -
Posted on : 18 Feb 2021  Source of News: Suara Sarawak
 

KUCHING: Semua pasar tani, pasar tamu, pasar malam dan bazar larut malam (uptown dan downtown) di zon merah tidak dibenarkan beroperasi bermula 17 Februari.

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) dalam kenyataan masing-masing hari ini berkata, arahan tersebut dikuatkuasa bermula semalam sehingga ke suatu masa yang akan dimaklumkan kelak.

Menurut DBKU, pelaksanaan tersebut selaras dengan pengisytiharaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuching sebagai zon merah.

Sementara MPKS berkata, ia berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Uni-Vista dan Samarahan sebagai zon merah.

Arahan berkenaan merujuk kepada ketetapan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).