Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 26
total visitor Total Visitors 7,972,497
23 tan sampah pasca banjir dikutip
Posted on : 25 Jan 2021  Source of News: Harian Metro
 
Kuching: Sejumlah 23.6 tan sampah dikutip di 18 kampung tradisi di tebing Sungai Sarawak yang dilanda banjir, baru-baru ini.

Kerja-kerja mengumpul sampah itu yang dijalankan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), syarikat pembersihan Trienekens serta penduduk kampung bermula sejak 16 Januari lalu hingga hari ini.

Antara kampung terbabit ialah Kampung Bintawa Hilir, Kampung Bintawa Ulu, Kampung Bintawa Tengah, Kampung Pulo Ulu, Kampung Pulo Hilir, Kampung Panglima Seman, Kampung Semarang dan Kampung Tunku.

Turut dibersihkan Kampung Tupong Tengah, Kampung Gita, Kampung Tupong Batu, Kampung Sinjan, Kampung Sungai Bedil, Kampung Lintang, Kampung Patinggan dan Kampung Kudei

Jurucakap DBKU berkata, sebanyak 13 unit lori sampah `Roll On Roll Off' (RORO) digunakan dalam operasi pembersihan itu.

"Setakat ini sebanyak 23,620 kilogram sampah sudah dikutip dari kawasan perkampungan tebing Sungai Sarawak itu sejak kerja dimulakan sebaik banjir reda sepenuhnya minggu lalu.

"Pelbagai barangan yang rosak akibat banjir dibuang penduduk dan kami berusaha membersihkannya secepat mungkin untuk mengelak pencemaran bau yang turut dikhuatiri mengundang penyebaran penyakit," katanya.