Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 19
total visitor Total Visitors 8,091,276
Tun Taib beri sumbangan penghargaan kepada petugas barisan hadapan
Posted on : 11 Oct 2020  Source of News: Utusan Borneo
 
Taib (dua kiri) menyampaikan cek cura kepada Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar hari ini. Taib (dua kiri) menyampaikan cek cura kepada Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar hari ini. - Gambar ihsan Jabatan Penerangan

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud hari ini menyampaikan sumbangan penghargaan RM5,000 setiap satu kepada 32 agensi barisan hadapan yang terlibat semasa pandemik COVID-19 di Sarawak.

Penyampaian sumbangan itu dibuat dalam Majlis Jamuan Teh sempena sambutan Hari Ulang Tahun Kelahiran Tun Taib yang ke-84 di sebuah hotel di sini.

Agensi yang terlibat adalah Jabatan Kesihatan, agensi penguatkuasa negeri dan persekutuan, Jabatan Penyiaran, Residen Bahagian, Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Dalam majlis itu, tetamu undangan termasuk isteri Tun Taib, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan tarian kontemprorari dan tradisional.

Tun Taib dan Toh Puan Ragad dan jemputan lain turut dijemput untuk memotong kek bagi menandakan sambutan tarikh lahir beliau.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing dan isteri Puan Sri Dato Corrine Masing, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Datuk Amar Michael Manyin Jawong.

Turut hadir, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan isteri Datin Sri Enn Ong Siok Ean, Menteri Pelancongan, Kebudayaan Kesenian dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah serta Setiausaha Negeri Datuk Amar Jaul Samion.