Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 35
total visitor Total Visitors 8,078,070
Tangani vandalisme harta benda awam secara serius
Posted on : 08 Oct 2020  Source of News: Sarawak Voice
 
KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) memandang serius tindakan laku musnah atau vandalisme terhadap harta benda awam di kawasan pentadbirannya.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, DBKU terpaksa menanggung kerugian terutama membabitkan penggantian kemudahan awam yang rosak.

Justeru katanya, DBKU akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengekang tindakan vandalisme daripada terus berleluasa.

Beliau berkata demikian selepas meninjau kerja-kerja membaik pulih lampu di kawasan Masja pada Rabu.

Sementara itu, beliau mahu masyarakat umum turut bersama menangani masalah vandalisme terhadap harta benda awam.