Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 41
total visitor Total Visitors 8,099,408
Rancangan pembinaan projek Eko-Depo, DBKU masih kaji modus operandi
Posted on : 19 Sep 2020  Source of News: Utusan Borneo
 
Junaidi bersama Dr Morshidi (barisan hadapan, tiga kanan) dan  Presiden JCI Damai (kawasan DBKU) Victor Tan (barisan hadapan, lima kanan) merakam kenangan pada program World Clean Up Day 2020 di Tebingan Kuching. - Gambar oleh Muhammad Rais Sanusi.
Junaidi bersama Dr Morshidi (barisan hadapan, tiga kanan) dan Presiden JCI Damai (kawasan DBKU) Victor Tan (barisan hadapan, lima kanan) merakam kenangan pada program World Clean Up Day 2020 di Tebingan Kuching. - Gambar oleh Muhammad Rais Sanusi.

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) masih mengkaji secara teliti modus operandi pengoperasian pusat sehenti bagi tempat pembuangan barangan terpakai iaitu Eko-Depo yang terletak di kawasan Demak Laut.

Datuk Bandar DBKU, Datu Junaidi Reduan berkata, pihaknya  sedang mengkaji keberkesanan keseluruhan operasi pusat  tersebut sebelum ia dapat dilaksanakan.

"Jika anda bertanya kepada saya mengenai perkembangan projek Eko-Depo ini, kadar penggunaan belum mencapai tahap yang ingin kita capai.

"Ini kerana ia bukan hanya mengenai Eko-Depo sahaja tetapi juga modus operandi bagaimana sampah-sarap di hantar ke sana, termasuk pencantasan, pembersihan dan seluruh operasi kemudahan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan program World Clean Up Day 2020 anjuran DBKU dan Junior Chamber International (JCI dengan beberapa agensi kerajaan dan swasta di Tebingan Kuching di sini, hari ini.

Menurut Junaidi, kemudahan itu merupakan salah satu usaha untuk menangani isu pembuangan sampah secara haram.

"Namun sebenarnya hal ini adalah tanggungjawab semua kerana kebersihan sesebuah bandar raya itu memerlukan usaha semua pihak.

"Apa yang penting bagi saya bagaimana untuk memupuk disiplin diri.  Jika ia sudah menjadi tabiat atau budaya kita untuk menjaga kebersihan, tak ada Eko-Depo pun bandar raya kita tetap bersih dan cantik," tegasnya.

Sementara itu, Pengarah DBKU Dr Morshidi Ahmad menjelaskan Eko-Depo adalah berkonsepkan mesra alam di mana sisa pembuangan seperti perabot, peti sejuk dan televisyen dapat dihantar (ke sana) dan dikitar semula.

"Kami menyediakan kemudahan ini supaya masyarakat tidak membuang sampah dengan mudah, sebaliknya sisa  itu kemudian boleh dikitar semula dan boleh dijadikan sumber kewangan kepada orang lain.

“Bagi mereka yang ingin menggunakan kemudahan itu  pada masa hadapan , apa yang mereka harus lakukan adalah memohon kebenaran daripada pihak terllibat untuk melupuskan sisa sampah mereka di sana," ujarnya.