Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 29
total visitor Total Visitors 7,972,263
Kerajaan negeri terus komited sedia kemudahan asas kepada rakyat
Posted on : 03 Sep 2020  Source of News: Utusan Borneo
 
 Hasidah (empat kanan) mendengar taklimat daripada Faisal (tiga kanan) serta yang lain semasa melawat dewan serba guna yang telah siap dibaik pulih. — Gambar Muhammad Rais Sanusi KEMUDAHAN: Hasidah (empat kanan) mendengar taklimat daripada Faisal (tiga kanan) serta yang lain semasa melawat dewan serba guna yang telah siap dibaik pulih. — Gambar Muhammad Rais Sanusi

KUCHING: Kerajaan negeri akan terus komited menyediakan kemudahan asas kepada rakyat menerusi inisiatifnya termasuk Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).

Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, ia demi keselesaan dan keselamatan setiap masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan penyerahan Dewan Serba Guna dan Lampu Jalan di Kampung Malaysia Jaya di sini, semalam.

“Hari ini (semalam) kita menyerahkan dewan serta penambahan lampu jalan di bawah RTP saya yang dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

“Projek membaik pulih dewan yang menelan kos RM200,000 ini telah diluluskan pada RTP 2019 dan akhirnya ia berjaya disiapkan DBKU pada tahun ini,” kata-nya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang.

Selain itu kata beliau turut disampaikan kepada penduduk Kampung Malaysia Jaya juga 30 lampu jalan tambahan.

Katanya lampu tambahan berkenaan telah dipasang di semua lorong Kampung Malaysia Jaya bagi menerangkan lagi kawasan berkaitan.

Hasidah berkata bagi projek lampu jalan berkenaan ia menelan kos lebih RM111,000 dan setiap lorong kampung dipasang dua hingga tiga lampu jalan tambahan.

“Projek seperti ini amat penting untuk keselamatan dan manfaat masyarakat kita dan ia dilaksanakan sebagaimana dipohon oleh mereka,” katanya.

Beliau berkata ia usaha berterusan kerajaan negeri di bawah inisiatif RTP.

Penyerahan kedua-dua projek berkenaan semalam disampaikan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Ke-selamatan Kampung (JKKK) Kampung Malaysia Jaya.

Hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Infrastruktur DBKU Mohamad Faisal Adenan dan Ketua Kaum Kampung Malaysia Jaya Marzuki Hamdan.