Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 35
total visitor Total Visitors 8,055,410
Usahawan wanita harus lebih profesional
Posted on : 24 Jun 2020  Source of News: Sarawak News Network
 
Fatimah semasa sidang media. Gambar UKAS

KUCHING: Usahawan wanita di Sarawak harus lebih profesional menjalankan perniagaan, kata Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK), Dato Sri Fatimah Abdullah. Bercakap semasa sidang media di Kuching, Fatimah berkata, ini kerana ramai usahawan wanita pada masa ini masih menjalankan perniagaan tanpa permit dan lesen perniagaan daripada pihak tertentu mengikut laporan UKAS.

Sehubungan itu, jelasnya, KWKPK telah menubuhkan pasukan petugas bagi membantu para usahawan wanita untuk mendapatkan lesen dan permit perniagaan mereka.  Ahli-ahli pasukan tersebut terdiri daripada JWKS, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED), Sarawak Multimedia Authority (SMA), Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (MLGH), Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Centre of Technical Excellence Sarawak (CENTEX), Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Pihak Berkuasa Tempatan (BPT) dan Pejabat Daerah.

Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N. 56 Dalat berkata, masih ramai yang tidak memiliki lesen dan permit perniagaan disebabkan usahawan tidak mengetahui kepentingan dan keperluan lesen atau permit, tidak mengetahui syarat dan prosedur pendaftaran lesen perniagaan khasnya bagi penjaja dan peniaga di Kawasan luar bandar, selesa berniaga secara kecil-kecilan, secara dalam talian dan separuh masa, tiada modal untuk mendaftar lesen perniagaan dan menyewa alamat inkubator (agensi kerajaan dan swasta), tidak mempunyai premis perniagaan dan tidak mahu membayar cukai LHDN.

Pada masa yang sama, katanya, lesen dan permit perniagaan penting untuk menerima bantuan yang dikhaskan kepada usahawan di negeri ini samada melalui Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) dan Bantuan Prihatin Nasional (BPN).