Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 17
total visitor Total Visitors 8,093,730
Medan Niaga Satok jadi tumpuan
Posted on : 23 May 2020  Source of News: Berita Harian Online
 
SEAWAL jam 6 pagi lagi, Medan Niaga Satok di sini, menjadi tumpuan orang ramai bagi mendapatkan barangan sebagai persiapan akhir menyambut Aidilfitri, esok. NSTP/NADIM BOKHARI
SEAWAL jam 6 pagi lagi, Medan Niaga Satok di sini, menjadi tumpuan orang ramai bagi mendapatkan barangan sebagai persiapan akhir menyambut Aidilfitri, esok.

KUCHING: Seawal jam 6 pagi lagi, Medan Niaga Satok di sini, menjadi tumpuan orang ramai bagi mendapatkan barangan sebagai persiapan akhir menyambut Aidilfitri, esok.

Orang ramai sanggup beratur panjang di tiga laluan masuk ke pasar utama itu sambil mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan memakai pelitup muka serta mengamalkan penjarakan sosial.

Kawalan keselamatan di pasar berkenaan juga diperketatkan dengan anggota polis, tentera, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tampil memantau keadaan.

Pengawal keselamatan pasar berkenaan yang enggan namanya disiarkan berkata, jumlah pengunjung ke pasar berkenaan meningkat mendadak sejak semalam sehingga memaksa Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) melanjutkan waktu operasi sehingga jam 4 petang berbanding 2 petang sebelum ini.

"Semalam, lebih 1,000 pengunjung datang dan mereka diperiksa suhu badan sebelum dibenarkan masuk.

"Hari ini jumlah pengunjung semakin ramai dan kami terpaksa bertegas dengan melakukan pemeriksaan rapi bagi mengelak kesesakan berlaku di dalam pasar.

"Walaupun terlalu ramai yang datang, keadaan di sini terkawal kerana ramai anggota pasukan keselamatan turut sama memantau keadaan selain membantu mengawal orang ramai," katanya.

Sementara itu, seorang pengunjung, Ramli Samsudin, 56, berkata beliau terpaksa datang semula ke pasar berkenaan untuk membeli daging dan ayam kerana semalam beliau terpaksa berpatah balik selepas melihat terlalu ramai yang beratur.

"Hari ini saya sudah berada di sini seawal jam 7 pagi kerana tidak mahu bersesak jika datang lewat.Walaupun ada tempat lain menjual ayam dan daging, pasar ini memang menjadi pilihan penduduk Kuching setiap kali perayaan.

"Sebab itu jumlah pengunjungnya kita lihat terlalu ramai terutamanya sehari atau dua hari menjelang perayaan.

"Jika bukan disebabkan COVID-19, keadaan di dalam pasar ini pasti sesak dengan orang ramai," katanya.

Ramli berkata, beliau bersyukur kerana kawalan ketat pasukan keselamatan menjamin keadaan di pasar itu teratur dan beliau turut memuji sikap orang ramai yang cukup berdisiplin.

"Orang ramai mematuhi arahan walaupun terpaksa beratur panjang dan tiada yang merungut kerana faham situasi ketika ini," katanya.