Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 31
total visitor Total Visitors 8,077,752
DBKU mahu penjaja ikut norma baharu, Patuhi SOP, utamakan aspek kebersihan untuk membendung penularan COVID-19
Posted on : 21 May 2020  Source of News: Press Reader
 

PATUHI: Junaidi turun padang bersama Pengarah DBKU Dr Morshidi Ahmad dan beberapa pegawai DBKU mengagihkan pelitup muka kepada para penjaja Pasar Sungai Maong.

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mahu penglibatan komuniti untuk memastikan para penjaja mengamalkan norma baharu dalam pengendalian perniagaan dan kehidupan harian dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika pandemik COVID19 ini.

Datuk Bandar DBKU Datu Junaidi Reduan berkata, norma baharu itu merangkumi aspek kesihatan dan kebersihan seperti

“Selain itu, para peniaga juga dinasihatkan untuk menggunakan pembayaran secara e-tunai melalui SarawakPay, Boost, Fave, Grabpay atau ” e-dompet lain.

Datu Junaidi Reduan Datuk Bandar DBKU

penjarakan sosial sekurangkurangnya satu meter dalam semua keadaan.

“Ini termasuk memakai pelitup muka pada setiap masa, kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau menggunakan pensanitasi tangan.

“Selain itu, para peniaga juga dinasihatkan untuk menggunakan pembayaran secara e-tunai melalui SarawakPay, Boost, Fave, Grabpay atau e-dompet lain.

“Pertemuan juga perlu dibuat selepas menetapkan temu janji dan penempahan belian barangan dijalankan secara dalam talian,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Perkara tersebut wajib dilaksanakan agar dapat mengurangkan risiko penyebaran COVID-19, katanya.

Pada masa sama, Junaidi mengingatkan para peniaga agar sentiasa menyediakan daftar rekod pekerja, penghantar bahan, pelawat dan pelanggan (nama dan nombor telefon).

“Ia bertujuan untuk pengesanan kontak sebagai langkah pencegahan jangkitan.

“Adalah menjadi harapan DBKU agar para peniaga mematuhi arahan SOP yang dikeluarkan agar penularan wabak COVID-19 dapat dibendung,” tambahnya.

Sementara itu, para pengunjung dinasihati untuk mematuhi SOP yang telah disediakan dan mengamalkan norma baharu demi menjaga keselamatan dan kesihatan bersama.

Justeru, semalam juga telah diadakan program pengagihan pelitup muka kepada 240 penjaja di pusat penjaja dan kios di bawah seliaan DBKU.

Ia melibatkan sembilan lokasi iaitu Pusat Penjaja Lorong Cathay, Open Air Market, Tower Market, Anekarasa, Semarak, Pasar Sungai Maong, Kios Tukang Kasut Flyover Satok dan OCBC, Kios Perhentian Bas dan Kios Kuching Waterfront.

Program itu dilakukan di Pasar Sungai Maong kerana ia merupakan satu-satunya pasar awam di kawasan Kuching Utara, manakala pengagihan di lokasi lain akan diadakan pada hari lain.