Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 67
total visitor Total Visitors 7,966,113
DBKU buka semula parkir berbayar
Posted on : 16 May 2020  Source of News: Sarawak Voice
 

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan mengenakan semula bayaran fi di tempat letak kereta berkupon di kawasan pentadbiran DBKU, mulai 18 Mei ini.

Pengarah DBKU Dr. Morshidi Ahmad dalam satu kenyataan semalam berkata, tindakan itu sejajar dengan keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), yang membenarkan sektor ekonomi di seluruh Sarawak beroperasi semula.

Terdahulu, Pengerusi JPBN Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah mengumumkan pembukaan semula sektor ekonomi di negeri ini, pada 12 Mei lalu.

Ia termasuk pembukaan semula sektor perniagaan dan beberapa sektor lain secara beransur-ansur untuk kelangsungan ekonomi negeri.

Bagaimanapun, setiap sektor yang digalakkan beroperasi disaran untuk mematuhi beberapa syarat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan susulan pandemik Covid-19 yang belum reda sepenuhnya.

Kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk mematuhi segala arahan yang dikuatkuasakan.

Diharapkan dengan langkah berjaga-jaga yang diamalkan, akan dapat memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19 di negeri ini.