Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 27
total visitor Total Visitors 8,079,980
Penutupan Sementara Perpustakaan DBKU Dan Perpustakaan Komuniti, Muzium Kucing Dan Taman Orkid DBKU
Posted on : 19 Mar 2020  Source of News: TVS
 

1) PENUTUPAN SEMENTARA PERPUSTAKAAN DBKU DAN PERPUSTAKAAN KOMUNITI, MUZIUM KUCING DAN TAMAN ORKID DBKU

KUCHING: Berkuatkuasa pada 18 MAC 2020, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mengambil tindakan untuk membuat PENUTUPAN SEMENTARA premis DBKU yang melibatkan kunjungan orang awam.

Menurut Pengarah DBKU, penutupan sementara ini melibatkan perpustakaan DBKU di bangunan Majma Tuanku Abdul Halim Mua’zam Shah di jalan P. Ramlee termasuk perpustakaan komuniti DBKU, muzium kucing di bangunan ibu pejabat DBKU, dan taman orkid di pengkalan sapi, Petra Jaya, Kuching.

Jelasnya, penutupan sementara Premis tersebut adalah berdasarkan kepada Arahan Kerajaan Negeri Sarawak yang memutuskan untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 dalam kalangan orang awam yang berkunjung ke tempat-tempat yang menjadi tumpuan para pelawat terutama sempena cuti sekolah dan cuti hujung minggu.

2) PEMBATALAN SEMENTARA PERSEMBAHAN AIR PANCUT BERIRAMA DARUL HANA

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mengambil tindakan untuk membatalkan sementara persembahan Air Pancut Berirama Darul Hana di Kuching Waterfront berkuatkuasa hari ini (18 Mac 2020) sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Menurut Pengarah DBKU, pembatalan tersebut adalah selari dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikeluarkan.

“Pembatalan Sementara pertunjukan Darul Hana Musical Fountain di Kuching Waterfront tersebut adalah berdasarkan kepada Arahan Kerajaan Negeri Sarawak yang memutuskan untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 di kalangan orang awam yang berkunjung ke tempat-tempat yang menjadi tumpuan para pengunjung,” katanya dalam satu kenyataan, Rabu.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan, anda boleh menghubungi Bahagian Perhubungan Awam, DBKU di talian 082-512200 atau emel ke prd@dbku.gov.my.