Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 45
total visitor Total Visitors 7,969,020
Bandaraya Kuching akan lebih cantik, teratur dan terjaga – DBKU
Posted on : 16 Oct 2019  Source of News: Sarawak Voice
 

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan memastikan kawasannya sentiasa terjaga.

Menurut Datuk Bandar DBKU Datu Junaidi Reduan, pihaknya sedang berusaha untuk memperbaiki perkhidmatan dan memperindahkan sekitar kawasan DBKU.

Ketika kunjungan hormatnya kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang  Openg, beliau berserta rombongan sempat kongsi pandangan dan pendapat mengenai perkara tersebut.

Tambahnya, perjumpaan bersama Ketua Menteri juga bertujuan untuk meminta nasihat berhubung visi dan misi Kerajaan Sarawak agar ia selari dengan perancangan yang diatur oleh DBKU.

Jelas beliau lagi, bagi tahun 2019 – 2020, DBKU mempunyai lima fokus utama untuk menjadikan bandaraya Kuching Utara bersih, cantik dan lebih teratur.

Beliau juga menyatakan mengenai cadangan untuk membesarkan jalan – jalan yang terdapat di kampung, memandangkan penduduk pada masa kini mampu untuk memiliki kereta sendiri.

Perkara ini sememangnya memakan masa kerana beliau mahu segala perancangan tersusun dan teratur.