Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 33
total visitor Total Visitors 8,078,063
Junaidi Reduan angkat sumpah Datuk Bandar DBKU
Posted on : 06 Sep 2019  Source of News: Utusan Borneo
 
 Junaidi (kiri) menerima dokumen serah tugas daripada Abang Wahap sebagai Datuk Bandar DBKU yang baharu disaksikan Abang Johari (tengah).  — Gambar Chimon Upon PENERAJU BAHARU: Junaidi (kiri) menerima dokumen serah tugas daripada Abang Wahap sebagai Datuk Bandar DBKU yang baharu disaksikan Abang Johari (tengah). — Gambar Chimon Upon

KUCHING: Datu Junaidi Reduan mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang baharu semalam.

Majlis Angkat Sumpah berlangsung di Rotunda, Aras 4, ibu pejabat DBKU di sini, disaksikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Junaidi, 61, merupakan Datuk Bandar DBKU yang ketujuh menggantikan Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai yang tamat perkhidmatan pada 31 Ogos lepas.

Bercakap pada sidang media selepas majlis berkenaan, Junaidi berkata beliau rasa berbangga kerana dilantik sebagai Datuk Bandar oleh Ketua Menteri.

“Bekas Datuk Bandar (Abang Wahap) telah melakukan kerja yang sangat cemerlang selama lapan tahun ini dan ia adalah kasut yang sangat besar untuk diisi oleh saya.

“Bagaimanapun, kita akan teruskan usaha dan inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan DBKU bersama ahli dewan yang lain,” katanya.

Ditanya mengenai perancangan dan hala tuju DBKU  selepas ini, Junaidi berkata DBKU sudah ada ada visi dan misi yang kukuh sejak diwujudkan pada 1988.

Justeru katanya, beliau akan melakukan yang terbaik sepanjang tempoh dua tahun ini sebagai Datuk Bandar untuk memastikan visi dan misi DBKU tercapai.

“Buat masa ini kita akan teruskan pentadbiran dan pengurusan DBKU seperti biasa kerana saya ada kontrak dua tahun sebagai Datuk Bandar.

“Jadi untuk kita membuat pembaharuan ke atas corak pentadbiran dan pengurusan DBKU dalam masa dua tahun mungkin, tidak praktikal untuk dilakukan,” katanya.

Junaidi turut berharap seluruh warga DBKU akan memberi kerjasama sepanjang perkhidmatannya sebagai Datuk Bandar.

“Kehendak rakyat adalah tidak terhad, jadi seperti yang saya katakan awal tadi, saya akan lakukan yang terbaik untuk warga DBKU,” ujarnya.