Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 75
total visitor Total Visitors 7,970,290
MBKS, DBKU, MPS tampil muka baharu
Posted on : 23 Aug 2019  Source of News: Utusan Borneo
 
WEE WEE

KUCHING: Pelantikan Datuk Wee Hong Seng sebagai Datuk Bandar baharu Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) akan membawa pembaharuan kepada pentadbiran pihak berkuasa berkenaan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata,Wee yang juga sebelum ini merupakan ahli dewan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) merupakan antara yang terbaik dipilih memegang jawatan berkenaan.

“Dengan pengalaman tujuh tahun beliau (Wee) sebagai ahli dewan DBKU, ia amat bermakna dan penting dalam usaha menjalinkan kerjasama lebih baik antara DBKU dan MBKS.

“Beliau (Wee) pastinya akan membawa pembaharuan dan seperti semua sedia maklum MBKS dan DBKU seperti kembar di mana ia mempunyai sempadan (bidang kuasa) berdekatan yang saling memerlukan kerjasama,” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas sidang media oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

JUNAIDI JUNAIDI

Terdahulu, Ketua Menteri selepas sidang media berkenaan turut mengumumkan Wee dilantik sebagai Datuk Bandar MBKS, selain turut mengumumkan Datu Junaidi Reduan sebagai Datuk Bandar DBKU yang baharu, manakala Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) yang baharu pula diterajui Clarence Ting.

Wee akan menggantikan Datuk James Chan yang akan tamat perkhidmatan sebagai datuk bandar pada 31 Ogos ini, manakala Junaidi akan menggantikan Datuk Abdul Wahap Abang Julai.

Mengulas lanjut mengenai pelantikan Wee, Dr Sim berkata beliau selama ini juga amat mengharapkan jawatan berkenaan diberikan kepada orang muda dan beliau gembira apabila Ketua Menteri memilih orang yang terbaik untuk tugas berkenaan.

“Namun pada masa yang sama kita mengucapkan terima kasih kepada Datuk James Chan kerana melakukan tugas yang amat baik sepanjang 11 tahun sebagai Datuk Bandar MBKS,” katanya.

Ditanya mengenai pelantikan datuk bandar baharu yang sepatutnya dilantik bukan dari ahli politik, Dr Sim yang juga Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berkata, meskipun Wee adalah ahli SUPP namun beliau dipilih bukan atas kapasiti berkenaan.

“Ia bukan disebabkan SUPP tetapi kami mahu memilih orang yang benar-benar terbaik untuk melakukan tugas mereka,” katanya.

CLARENCE CLARENCE

Mengenai pelantikan pengerusi baharu Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Clarence Ting yang turut diumumkan semalam, Dr Sim berkata ia juga merupakan pelantikan yang amat bermakna.

Katanya MPS memerlukan pengerusi yang tegas dalam menjalankan tugasnya untuk melaksanakan langkah baharu bagi Sibu.

Ting yang juga pengerusi Pengerusi Lembaga Pelabuhan Rajang (RPA) akan menggantikan Datuk Tiong Thai King yang merupakan Pengerusi MPS sejak tahun 2004 sebelum mengosongkan kerusi berkenaan pada 30 Jun lalu.

Mengenai rombakan kabinet baharu semalam, Dr Sim berkata SUPP amat berterima kasih kepada Abang Johari selepas dua ahlinya, iaitu Datuk Lee Kim Shin yang dilantik menjadi menteri penuh dengan memegang portfolio Menteri Pengangkutan dan Datuk Sebastian Ting sebagai Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.

“Dengan adanya mereka (Lee dan Ting) dalam barisan kabinet, kami akan memberi khidmat bukan sahaja kepada komuniti Cina tetapi rakyat Sarawak secara keluruhan dengan lebih baik,” katanya sambil memberitahu SUPP berterima kasih kepada Ketua Menteri atas dua pelantikan tersebut.