Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 168
total visitor Total Visitors 8,072,884
DBKU ambil alih pengurusan Tebingan Kuching
Posted on : 01 Aug 2019  Source of News: SuaraSarawak
 

KUCHING: DBKU mengambil inisiatif menubuhkan pasukan Unit Pengawasan dan Kawalan Bersepadu (UPKB) khususnya di kawasan Tebingan Kuching.

Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata, DBKU akan mengambil alih pengurusan Tebingan Kuching daripada SEDC bermula 1 Januari 2020.

“Penubuhan UPKB sangat bertepatan dengan masa kerana bandar raya Kuching sedang mengalami transformasi yang sangat ketara terutama di kawasan Old Heritage termasuk Tebingan Kuching.

“Hal tersebut akan merancakkan lagi aktiviti pelancongan seperti penganjuran acara, peningkatan aktiviti ekonomi dan penambahan infrastruktur termasuk kemudahan awam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Memperingati Hari Bandaraya Kuching Yang Ke-31, di Dewan Kompleks Islam Sarawak, di sini semalam.

Tambahnya, melalui peningkatan yang dinyatakan itu, aspek keselamatan awam perlu dipertingkatkan.

“Kewujudan UPKB DBKU berkonsepkan mesra pelancong di mana mereka akan bergerak dari masa ke semasa menggunakan skuter elektrik yang dibekalkan dengan peranti pintar dilengkapi maklumat yang membantu menjawab soalan pelancong.

RASMI… Abang Johari merasmikan Majlis Memperingati Hari Bandaraya Kuching Ke-31 di Dewan Kompleks Islam Sarawak di Kuching, semalam.

“Unit ini bukan sahaja menjalankan tugas keselamatan bahkan mereka juga bertindak sebagai duta kecil bandar raya Kuching,” katanya.

Abdul Wahap turut menjelaskan bahawa keselamatan warga kota merupakan aspek penting yang diambil berat oleh pihak DBKU.

“Kejadian jenayah yang semakin meningkat khususnya di kawasan kediaman amat membimbangkan dan tindakan pencegahan menjadi tanggungjawab semua pihak.

“Tahun ini merupakan tahun kesembilan DBKU melaksanakan program Bandar Selamat sejak tahun 2011,” katanya.

Beliau menyatakan, pemilihan kawasan tersebut adalah berdasarkan fakta laporan kes jenayah tinggi dan survei persepsi penduduk iaitu fear of crime.

“Antara inisiatif program tersebut adalah pelaksanaan Program Crime Preventionn Through Environemental Design (CPTED).

“Ia termasuk reka bentuk laluan pejalan kaki, kemudahan tempat letak kereta, pencahayaan serta pemutihan kawasan hitam,” jelasnya.