Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkuflickr
dbkufb
Projek Terminal Bako bakal beri keuntungan penduduk setempat
Posted on : 11 Jul 2019  Source of News: Sarawak Voice
 

KUCHING: Penduduk di kawasan Kampung Bako akan menikmati keuntungan selepas siapnya Projek Terminal Bako yang dijangka siap pada April 2020.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata ketika ini progres naik taraf terminal Bako telah mencapai 20 peratus.

“Naik taraf Terminal Bako telah pun bermula sebelum ini dan kini telah mencapai 20 peratus. Kos bagi projek ini ialah RM2.6 juta dan dijangka siap pada April 2020.

“Siapnya Projek Terminal Bako ini akan memberikan keuntungan kepada penduduk Kampung Bako terutamanya pemandu bot pelancong yang majoritinya adalah penduduk tempatan Bako di mana jumlah pelancong dijangka meningkat datang melawat Taman Negara Bako dan sekitarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat Projek Terminal Bako yang dibentangkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuching, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Pejabat Residen Kuching dan kontraktor terlibat di Pusat Khidmat Demak Laut, semalam.

Tambah Dr Hazland lagi, Terminal Bako yang baharu ini akan lebih cantik, canggih dan selesa kepada pelancong.

“Naik taraf kemudahan di Terminal Bako dijangka akan meningkatkan lagi kehadiran pelancong sama ada dari dalam dan luar negara.

“Penduduk perlu mengambil manfaat daripada peningkatan kehadiran pelancong dengan mempelbagaikan produk yang boleh dijual sekaligus meningkatkan pendapatan penduduk,” tambahnya.

Hadir sama Penghulu Kampung Bako Hajah Janibah Hazmi, Ketua Kaum Hjaji Wahed Sani dan Ketua Kaum Haji Morni.