Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 29
total visitor Total Visitors 8,095,935
100 sukarelawan menyertai ‘perang’ membasmi wabak denggi
Posted on : 17 Jun 2019  Source of News: Utusan Borneo
 

 Sebahagian daripada peserta gotong-royong bergambar beramai-ramai bersama Penghulu Iskandar (tujuh kiri) sebelum gotong-royong bermula. CEGAH DENGGI: Sebahagian daripada peserta gotong-royong bergambar beramai-ramai bersama Penghulu Iskandar (tujuh kiri) sebelum gotong-royong bermula.

KUCHING: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Masjid menerusi kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Cawangan Sarawak melancarkan ‘perang’ membasmi wabak denggi yang kian menular di kawasan Jalan Datuk Ajibah Abol di sini.

Program gotong-royong diadakan semalam itu disertai kira-kira 100 sukarelawan dari Kampung Masjid, kakitangan KKM, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), pasar raya Choice Ria dan Hotel Dormani.

Ia turut disertai Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching (Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor) Dr Muhamad Danial Salim, Penghulu Kampung Masjid Iskandar Landau dan JKKK Kampung Masjid Razak Dol.

Menurut Danial, program gotong-royong itu sangat baik dan harus dicontohi di kawasan-kawasan lain khususnya yang terdedah dengan wabak tersebut.

“Adalah penting untuk orang awam mengenali dan memahami jenis-jenis nyamuk serta mengenal pasti sifat, tempoh aktif dan berapa cepat ia boleh membiak jika tidak dibasmi dengan segera.

“Pendekatan secara penyemburan kabus atau ‘fogging’ adalah kaedah paling tepat untuk membasmi wabak denggi,” katanya.

Berdasarkan tinjuan semasa gotong-royong, rumah kedai terbiar bersebelahan padang futsal di Kampung Bintangor Kecil disyaki antara punca penularan wabak tersebut di mana kawasan itu dipercayai digunakan oleh gelandangan untuk menyimpan dan memproses bahan-bahan buangan diperolehi daripada sumber mencurigakan.

Sehubungan itu, pihak berwajib digesa mengambil tindakan segera dengan menutup atau memindahkan kawasan tersebut seperti yang dilaksanakan di kawasan sekitar Matang.

Sebelum ini, pihak berwajib telah bertindak meroboh rumah kedai terbiar di sekitar Jalan Haji Taha yang menularkan wabak itu di kawasan Jalan P Ramlee.

Sementara itu, Penghulu Iskandar percaya pendidikan kesihatan secara holistik dan pelaksanaan program kitar semula mampu mengubah sikap masyarakat sekali gus mengawal wabak denggi daripada terus menular di kawasan tersebut.

Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dr Jamilah Hashim baru-baru ini mengesahkan terdapat 37 kes deman denggi telah dilaporkan berlaku di Kampung Ajibah Abol bermula sejak 13 Mei hingga 1 Jun 2019.