Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 158
total visitor Total Visitors 8,074,135
Kes denggi membimbangkan
Posted on : 19 Jun 2019  Source of News: PressReader Harian Metro
 

DR Mohd Daniel (berdiri, tengah) selepas sesi dialog pencegahan wabak denggi bersama Jabatan Kesihatan Negeri, Pejabat Daerah, DBKU dan Jabatan Penerangan di dewan SK Rakyat Haji Bolhassan, semalam.

Kuching: Wabak demam denggi di Sarawak kini mencapai tahap membimbangkan berikutan peningkatan kes itu, khususnya di bahagian Kuching.

Pegawai Perubatan Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, Jabatan Kesihatan Sarawak Bahagian Kuching, Dr Mohd Daniel Salim berkata, Kuching merekodkan angka tertinggi iaitu 43 kes sehingga minggu lalu.

Beliau berkata, kawasan yang diisytiharkan dilanda wabak denggi di Kuching ialah penempatan penduduk di Jalan Datuk Ajibah Abol.

“Antara punca penularan wabak itu ialah banyak takungan air yang memudahkan pembiakan nyamuk Aedes terutama di kawasan bangunan kedai lama, longkang dan tangki kumbahan,” katanya, semalam.

Terdahulu, beliau menghadiri Sesi Dialog Pencegahan Wabak Denggi anjuran Jabatan Kesihatan Negeri, Pejabat Daerah, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Jabatan Penerangan di dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Rakyat Haji Bolhassan.

Beliau berkata, penduduk di kawasan yang diisytiharkan dilanda wabak denggi perlu mengutamakan aspek kebersihan kediaman masing-masing.

Katanya, pihaknya tidak berkompromi terhadap pemilik kediaman atau premis yang didapati membiakkan nyamuk Aedes.

“Kompaun RM500 dikenakan kepada mereka yang didapati bersalah dan membiarkan halaman rumah sebagai tempat pembiakan nyamuk Aedes,” katanya.

Tindakan tegas dikenakan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 bertujuan memastikan setiap kawasan bebas perumahan bebas ancaman wabak denggi.