Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 53
total visitor Total Visitors 7,966,705
DBKU ambil tindakan terhadap kanopi tanpa permit
Posted on : 18 May 2019  Source of News: Utusan Borneo
 
 Kelihatan anggota penguat kuasa DBKU membuka kanopi di hadapan sebuah kedai di Satok. TEGAS: Kelihatan anggota penguat kuasa DBKU membuka kanopi di hadapan sebuah kedai di Satok.

KUCHING: Sebanyak sembilan premis perniagaan yang memasang kanopi tanpa permit di tempat awam dan tempat letak kereta di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) diambil tindakan tegas semalam.

Jurucakap DBKU berkata, pihaknya telah mengeluarkan notis amaran kepada  premis berkenaan agar mendapatkan kebenaran namun sehingga semalam tiada pematuhan dibuat oleh pemilik premis.

“Pemasangan apa-apa struktur tanpa kebenaran daripada DBKU merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 22 Ordinan Bangunan 1994.

“Oleh itu, DBKU perlu mengambil tindakan tegas untuk membuka kanopi tersebut dengan kadar segera ke atas premis-premis perniagaan yang tidak mematuhi notis yang dikeluarkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambahnya, pemasangan kanopi tersebut turut menimbulkan ketidakselesaan kepada orang awam.

“Pemasangan seumpama ini menyebabkan halangan laluan kenderaan dan kekurangan tempat letak kereta awam lebih-lebih lagi pemasangan tanpa kelulusan DBKU,” jelasnya.

Untuk keterangan lanjut berkenaan perkara tersebut boleh menghubungi Pegawai Penguat Kuasa DBKU Mazlan Ridzuan menerusi talian 082-442696.