Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkuflickr
dbkufb
Tonjolkan Konsep Bersedekah, Berkongsi Rezeki Dan Bantu Golongan Memerlukan Dalam Islam Kepada Masyarakat Bukan Islam
Posted on : 08 May 2019  Source of News: TVSarawak.com
 

KUCHING: Umat Islam digesa menonjolkan konsep bersedekah, berkongsi rezeki dan membantu golongan memerlukan wajar diterap dan ditonjolkan dalam masyarakat Islam supaya masyarakat bukan Islam lebih memahami agama Islam.

Ketua Menteri Sarawak YB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata gambaran tersebut dapat dilihat pada bulan Ramadan apabila masyarakat Islam berkongsi rezeki bersama dengan masyarakat lain semasa berbuka puasa.

“Kita bersedekah pada bulan Ramadan dan berbuka puasa bersama masyarakat lain dengan berkongsi rezeki menggambarkan Islam itu sangat prihatin,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Pengagihan Bubur Masja-Sa di Masjid Jamek, Petra Jaya di sini, semalam.

Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari yang juga Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) mengingatkan budaya luar yang membawa perpecahan kepada budaya dan perpaduan dalam masyarakat wajar ditolak.

Ini katanya, supaya perpaduan di negeri ini tidak tergugat walaupun didiami pelbagai kaum, agama dan budaya.

Sementara itu, beliau turut berpuas hati dengan pengurusan Tabung Bailtulmal Sarawak (TBS) yang cekap dalam pengagihan kutipan zakat sehingga memperoleh pengiktirafan dan anugerah daripada pelbagai peringkat di dalam dan luar negara.

“Berteraskan fisabilillah, TBS telah membina aset-aset orang Islam di bandar-bandar utama di Sarawak seperti yang terdapat di Kuching, Sri Aman, Sibu dan Miri.

“Langkah ini akan dapat mengukuhkan ekonomi masyarakat Islam, sekaligus menggambarkan perpaduan kukuh ummah,” ujarnya.

Disebabkan susunan ekonomi dan dakwah yang bergerak secara serentak itu telah membuka mata penganjut agama lain untuk mencontohi cara masyarakat Islam di negeri ini.

“Saya berbincang dengan rakan saya, Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan mereka telah menunjukkan minat untuk mencontohi cara pengurusan dana zakat kita.

“Maka itu, beliau juga hendak menubuhkan satu badan amanah dalam kalangan mereka di bawah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR),” katanya.

Hadir sama Menteri Muda Utilti YB Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Kerajaan Negeri-Persekutuan dan Pemantauan Projek) YB Shafifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Ahli Parlimen Petra Jaya YB Dato Sri Fadillah Yusof, Setiausaha LAKMNS Tan Sri Datuk Amar Haji Bujang Mohd Nor, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datu Haji Misnu Haji Taha, Mufti Sarawak Datu Haji Kipli Haji Yassin dan Datuk Bandar Kuching Utara (DBKU) Datuk Haji Abang Wahap Haji Abang Julai. – UKAS