Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 33
total visitor Total Visitors 8,078,237
Kuching bandar pertama di Malaysia anjur APOC
Posted on : 08 Mar 2019  Source of News: Utusan Borneo
 
 Abu Bakar (duduk, tengah) bersama urus setia yang dipengerusikan Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai (duduk, dua kiri) mempromosikan APOC 13 di Kuching yang akan berlangsung pada 24 hingga 28 Julai 2019. BERSEJARAH: Abu Bakar (duduk, tengah) bersama urus setia yang dipengerusikan Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai (duduk, dua kiri) mempromosikan APOC 13 di Kuching yang akan berlangsung pada 24 hingga 28 Julai 2019.

KUCHING: Kerajaan Sarawak berjaya membida Persidangan Orkid Asia Pasifik Ke-13 (APOC 13) yang akan berlangsung di bandar raya ini pada 24 hingga 28 Julai 2019.

Persidangan tersebut berjaya dibida pada APOC 11 di Okinawa pada 2013 dan Ku-ching menjadi bandar pertama di Malaysia menganjurkan persidangan ini.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Mohd Abu Bakar Marzuki berkata persidangan lima hari ini akan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Bertemakan ‘Pertukaran Budaya Menerusi Orkid’, persidangan ini dianjurkan dengan objektif untuk mencapai kerjasama antarabangsa dalam pembangunan dan pemulihan orkid dalam rantau Asia Pasifik.

“Persidangan ini merupakan anjuran bersama Kerajaan Sarawak dengan Yayasan APOC dan Dewan Bandaraya Kuching Utar (DBKU) serta disokong Biro Konvensyen Sarawak (SCB) dan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB).

“Pelbagai aktiviti diadakan dari 24 hingga 28 Julai antaranya pameran dan pertandingan landskap orkid yang disertai lebih daripada 14 negara untuk pameran landskap orkid terbaik,” katanya pada sidang media di Bilik Mesyuarat, Tingkat 2, Wisma Bapa Malaysia di sini semalam.

Antara negara yang telah mengesahkan penyertaan dalam pameran dan pertandingan landskap orkid ini ialah Jepun, Indonesia, Thailand, Singapura, Taiwan, Vietnam, Myanmar, Filipina, Malaysia, Brunei, China dan Korea.

Selain pertandingan pameran landskap orkid turut akan diadakan pertandingan pameran landskap orkid tempatan dan antarabangsa, pameran dan pertandingan gubahan bunga dan orkid individu yang akan diuruskan oleh syarikat Orchidwoods.  

Selain itu turut akan diadakan persidangan orkid pada 25 dan 26 Julai 2019 yang akan menyaksikan seramai 40 penceramah berkongsi pengetahuan dan kepakaran mengenai topik berkaitan orkid.

Dua penceramah terkemuka iaitu Dr Teoh Eng Soon dari Singapura dan Dr Saw Lwin dari Myanmar diundang untuk menyampaikan ucaptama di hadapan kira-kira 600 peserta yang dijangka menyertai persidangan ini.

Bagi memeriahkan lagi APOC 13, pelbagai aktiviti sampingan lain turut akan diadakan antaranya bengkel penyelenggaraan dan susuan bunga orkid, orkid muzikal, pertadingan fesyen orkid, pertandingan melukis dan mewarna kanak-kanak, kuiz APOC dan lain-lain.

Dalam pada itu penganjuran APOC di sini diyakini dapat mempromosikan bandar raya ini kepada seluruh dunia sekali gus melonjakkan sektor ekopelancongan negeri.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran sila layari laman web www.apoc13.com atau emel kepada urus setia APOC di alamat apoc2019@dbku.gov.my.