Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 60
total visitor Total Visitors 8,068,171
DBKU lancar Pensijilan MS ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Risiko Rasuah
Posted on : 07 Mar 2019  Source of News: Utusan Borneo
 
2016 ABMS sambil disaksikan Katherine, Morshidi dan Shamsury pada majlis Perhimpunan DBKU Edisi Mac 2019 di Kuching semalam. RASMI: Abang Wahap memotong reben sebagai simbolik pelancaran Pensijilan MS ISO 37001:2016 ABMS sambil disaksikan Katherine, Morshidi dan Shamsury pada majlis Perhimpunan DBKU Edisi Mac 2019 di Kuching semalam.

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) semalam melancarkan Pensijilan MS ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Risiko Rasuah (ABMS) pada Majlis Perhimpunan Bulanan organisasi itu bagi edisi Mac 2019.

Menurut kenyataan medianya semalam, majlis itu disempurnakan Datuk Bandar  DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai di ibu pejabat DBKU di sini.

Abang Wahap dalam ucapannya berkata, DBKU  komited dalam mewujudkan persekitaran kerja bebas rasuah, mematuhi undang-undang dan kawal selia berkaitan rasuah serta mengamalkan budaya kerja berintegriti tinggi, profesional, telus dan adil dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada warga kota.

Beliau berkata, integriti secara umumnya merupakan kualiti unggul yang perlu ada pada diri seseorang individu dan organisasi. 

“Budaya integriti berkait rapat dengan isu-isu etika dan nilai murni. Integriti penjawat awam memerlukan mereka bertindak secara jujur dan amanah mengikut bidang kuasa dan tugasnya, telus, tiada konflik peribadi, berwibawa, akauntabiliti serta patuh kepada peraturan dan undang-undang.  

“Oleh itu, adalah penting bagi warga kerja Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) secara khususnya melaksanakan segala amanah dengan sebaiknya supaya tahap kepercayaan warga kota terhadap pengurusan organi-sasi terus kekal,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengalu-alukan orang ramai memeriahkan program Agenda Warisan Pintar Old Kuching yang bertemakan Empowering Smart Community pada 25 hingga 31 Mac ini di Square Tower di sini.

“Tema ini adalah tercetus daripada aspirasi ‘Old Kuching Heritage’ yang mana ia merupakan inisiatif di bawah Strategi Ekonomi Digital Sarawak bagi tahun 2018 hingga 2022.

“Uniknya Agenda Warisan Pintar Old Kuching kali ini kerana ia merupakan kolaboratif antara Kerajaan Sarawak melalui Old Kuching Smart Heritage (OKSHE) dan Sarawak Multimedia Authority (SMA),” katanya sambil menambah DBKU juga akan melancarkan Pelan Cantik, Bersih dan Se-lamat (CBS) 2.0 pada program itu nanti.

Sementara itu, majlis perhimpunan DBKU itu turut menyaksikan seramai empat staf DBKU yang bersara dan empat staf DBKU yang telah berkhidmat selama 25 tahun diraikan sebagai tanda penghargaan pihak pengurusan DBKU atas perkhidmatan mereka.

Hadir sama, Pengarah DBKU Dr Morshidi Ahmad, Ketua Bahagian Audit Dalaman DBKU Shamsury Sahari dan Ketua Penolong Pengarah, Unit Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Katherine Nais.