Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 44
total visitor Total Visitors 8,065,892
'Flexi Parking' di kawasan DBKU
Posted on : 02 Mar 2019  Source of News: Berita Harian
 
DATUK Bandar Kuching Utara, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai.

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) merancang melaksanakan aplikasi ‘Flexi Parking’ iaitu sistem bayaran tempat letak kereta pintar.

Ia menggunakan aplikasi telefon mudah alih sebagai kaedah alternatif serta menambah baik sistem pengurusan tempat letak kereta.

Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata, penggunaan aplikasi itu akan memudahkan warga kota membayar saman tanpa perlu ke kaunter DBKU.

“Kita akan melihat kaedah dan teknologi baharu yang akan memudahkan warga bandaraya membayar saman dengan menggunakan aplikasi.

“Ini masih lagi dalam proses pelaksanaan kita bagi penambahbaikan perkhidmatan kepada masyarakat,” katanya ketika melancarkan Sistem Letak Kereta Berkupon (SLKB) Baharu 2019, di sini hari ini.

Sementara itu, Abang Wahap berkata, sebanyak lima lokasi baharu SLKB milik DBKU dikuatkuasakan bermula semalam.

“Antara lokasi itu ialah Jalan Kulas (Bank Islam Cawangan Satokdan belakang bangunan Zecon), Jalan Green (D’Airiz Cafe dan The Pet Zone), Jalan Nanas Barat (Pasaraya UNACO), Jalan Sungai Maong Hilir (Lot 5991 dan 5992, Blok 207) dan Jalan Astana (Pasaraya UNACO),” katanya.