Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 26
total visitor Total Visitors 7,967,257
DBKU sediakan tempat khas merokok
Posted on : 02 Jan 2019  Source of News: Berita Harian
 
TEMPAT khas merokok di Satok, Kuching. - Foto Mohd Radzi Bujang

KUCHING: Meskipun kerajaan negeri Sarawak menangguhkan larangan merokok di semua premis makan yang penguatkuasaannya di seluruh negara bermula semalam, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) tetap menyediakan tempat khas bagi perokok di beberapa lokasi di bandar raya ini.

Antara lokasi yang disediakan tempat khas merokok itu ialah di tempat tumpuan ramai Tebingan Kuching serta kawasan yang mempunyai banyak premis makan di Satok.

Datuk Bandar DBKU, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai, berkata, penyediaan tempat merokok itu adalah susulan langkah pihaknya menguatkuasakan Zon Bebas Asap Rokok di premis makan sekitar bandar raya ini pada 1 Januari 2017.

Beliau berkata, inisiatif itu juga adalah antara strategi untuk meningkatkan kesedaran perokok mengenai bahaya asap rokok kepada orang di sekelilingnya.

“Pihak kami berharap penyediaan tempat khas merokok ini akan mendidik masyarakat terutama golongan perokok agar lebih bertanggungjawab terhadap keselesaan dan kesihatan orang lain,” katanya selepas melancarkan secara simbolik tempat khas merokok itu di Tebingan Kuching, kelmarin.

Tinjauan hari ini bagaimanapun mendapati, tempat khas merokok yang disediakan DBKU di Satok tidak dimanfaatkan oleh perokok.

Malah ada yang mendakwa, tempat merokok itu tidak sesuai kerana ia tidak berbumbung dan tidak mungkin ada yang sanggup merokok di tempat terbuka yang disediakan itu di tengah panas atau ketika hujan.

Sementara itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, penguatkuasaan larangan merokok di premis makan di negeri ini ditangguhkan sementara menunggu keputusan mesyuarat Kabinet negeri mengenainya.

Beliau berkata, perkara itu perlu diperhalusi kerana Sarawak mempunyai ordinan kerajaan tempatan sendiri berhubung larangan merokok.

“Saya berharap orang ramai tidak keliru dan menuduh kerajaan negeri menghalang undang-undang Persekutuan daripada dilaksanakan di negeri ini apabila kami menangguhkan larangan itu.

“Kerajaan negeri sebenarnya sependapat dengan kerajaan Persekutuan dalam hal ini (larangan merokok di premis makan) tetapi kita mempunyai undang-undang sendiri berhubung perkara itu,” katanya.