Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 33
total visitor Total Visitors 8,094,570
DBKU disaran terus tumpu pengukuhan integriti
Posted on : 29 Nov 2018  Source of News: Utusan Borneo
 
 Talib menyampaikan anugerah kepada salah seprang penerima pada majlis berkenaan semalam. Turut kelihatan, Abang Wahap dan Dr Morshidi. TAHNIAH: Talib menyampaikan anugerah kepada salah seprang penerima pada majlis berkenaan semalam. Turut kelihatan, Abang Wahap dan Dr Morshidi.

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) disaran terus memberi tumpuan kepada pengukuhan amalan integriti dalam kalangan kakitangannya.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip berkata, usaha itu penting bagi memastikan kakitangan DBKU tidak terlibat dengan gejala rasuah atau salah guna kuasa dalam urus tadbir.

Menurutnya, integriti perlu menjadi amalan setiap kakitangan ketika menjalankan tugasan seharian selain melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan jujur.

“Oleh itu, pengukuhan integriti perlu melibatkan setiap peringkat jawatan dan budaya integriti yang diamalkan kakitangan DBKU perlu menjadi contoh kepada agensi lain di Sarawak.

“Apabila kita mempunyai sikap integrity, maka ia sudah tentu dapat menyumbang kepada perkhidmatan dan urus tadbir yang baik sekali gus memberi kepuasan dan keyakinan kepada pelanggan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Integriti dan Inovasi serta Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan DBKU 2018 di Auditorium DBKU di sini, semalam.

Sebagai sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bertanggungjawab mentadbir Kuching Utara, Talib mengucapkan tahniah kepada organisasi itu kerana menjalankan tugas dengan baik.

“Saya amat tertarik dengan program DBKU yang amat mementingkan integriti dan inovasi dalam kalangan kakitangan mereka.

“Saya harap DBKU akan terus mempertahankan budaya integriti dan terus mengharumkan namanya di persada antarabangsa,” kata beliau.

Pada majis itu, Talib menyampaikan sebanyak 13 kategori anugerah dan pengiktirafan kepada warga kerja DBKU.

Antaranya termasuk Anugerah Pegawai Integriti, Anugerah Inovasi, Anugerah Penambahbaikan, Anugerah Cadangan Q Terbaik, Anugerah Pegawai Bestari, Anugerah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan sebagainya.

Hadir sama, Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai dan Pengarah DBKU Dr. Morshidi Ahmad.