Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 56
total visitor Total Visitors 8,101,964
Banjir kilat di bandar raya Kuching diatasi apabila sistem perparitan fasa 3 siap 2019
Posted on : 28 Nov 2018  Source of News: Sarawak Voice
 

KUCHING: Enam hari lalu, beberapa lokasi di bandar raya Kuching seperti Padang Merdeka, Jalan Hospital dan Jalan P. Ramlee terjejas teruk akibat dilanda banjir kilat.

Hal tersebut menyebabkan lalu lintas mengalami kesesakan, selain beberapa kenderaan mengalami kerosakan akibat ditenggelami air.

Menurut Datuk Bandar Kuching Utara Datuk Abdul Wahap Abang Julai, ia berpunca daripada kerja penyelenggaraan yang dilakukan di hadapan Poliklinik Jalan Masjid.

Masalah banjir kilat ini dapat diatasi sekiranya saliran fasa ketiga sistem perparitan siap sepenuhnya pada November tahun hadapan.

“Fasa ketiga membolehkan air daripada bertakung semua akan mengalir ke sungai…,” ujarnya dan percaya, “kita ada setahun lagi untuk menghadapi banjir,” dan selepas itu apabila sistem perparitan selesai, baginya masalah ini dapat ditangani.

Ujarnya, akibat cuaca yang tidak menentu dan sering kali hujan pada sebelah petang agak mengganggu kerja penambahbaikan sistem perparitan.

Bagaimanapun, beliau yakin ia siap mengikut jadual ditetapkan.