Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 163
total visitor Total Visitors 8,072,978
Budaya integriti DBKU wajar jadi ikutan agensi lain - Talib
Posted on : 29 Nov 2018  Source of News: Utusan Borneo
 

Talib menyampaikan anugerah kepada salah seprang penerima pada majlis perasmian Hari Integriti dan Inovasi serta Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan DBKU 2018 di Kuching, hari ini.

Talib menyampaikan anugerah kepada salah seorang penerima pada majlis perasmian Hari Integriti dan Inovasi serta Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan DBKU 2018 di Kuching, hari ini.

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) disaran untuk terus memberi tumpuan kepada pengukuhan amalan integriti dalam kalangan warga kakitangan.


Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip berkata usaha itu penting bagi memastikan kakitangan tidak terlibat dengan gejala rasuah atau salah guna kuasa dalam tadbir urus.


Menurutnya, integriti perlu menjadi amalan setiap kakitangan ketika menjalankan tugasan seharian, selain melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan jujur.


"Oleh itu, pengukuhan integriti perlu melibatkan setiap peringkat jawatan dan budaya integriti yang diamalkan kakitangan DBKU ini perlu menjadi contoh kepada agensi lain di Sarawak.


"Apabila kita mempunyai sikap integriti ini, maka ia sudah tentu dapat  menyumbang kepada perkhidmatan dan tadbir urus yang baik sekali gus memberikan kepuasan dan keyakinan kepada pelanggan," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Hari Integriti dan Inovasi serta Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan DBKU 2018 di Auditorium DBKU di sini, hari ini.


Sebagai sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bertanggungjawab mentadbir Kuching Utara, Talib mengucapkan tahniah kepada organisasi itu kerana menjalankan tugas dengan baik.


"Saya amat tertarik dengan program DBKU yang amat mementingkan integriti dan inovasi  dalam kalangan kakitangan mereka. 


"Saya harap DBKU akan terus mempertahankan budaya integriti dan terus mengharumkan namanya ke persada antarabangsa," kata beliau.


Pada majis itu, Talib menyampaikan sebanyak 13 kategori anugerah dan pengiktirafan kepada warga kerja DBKU.


Antaranya termasuk Anugerah Pegawai Integriti, Anugerah Inovasi, Anugerah Penambahbaikan, Anugerah Cadangan Q Terbaik, Anugerah Pegawai Bestari, Anugerah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan sebagainya.


Hadir sama, Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai dan Pengarah DBKU Dr. Morshidi Ahmad.