Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 20
total visitor Total Visitors 8,079,339

Sempena Pesta Dragon Boat dan Sarawak Regatta pada tahun ini, Dewan Bandaraya Kuching Utara akan menawarkan tapak jualan di sepanjang Jalan Gambier, Kuching pada 28 hingga 30 Oktober 2022 (Jumaat – Ahad) dan 4 hingga 6 November 2022 (Jumaat – Ahad).

 

Sebanyak 147 tapak telah disediakan dengan kategori jualan seperti berikut:

 

a)     

Tekstil, Aksesori, Permainan Kanak-kanak dan lain-lain

-

60 tapak

b)     

Makanan dan Minuman

-

77 tapak

c)     

Makanan (Panggang)

-

10 tapak

d)     

Food Truck

-

5 buah

 

Bayaran yang dikenakan untuk tempoh enam (6) hari tersebut adalah sebanyak RM160.00 sepetak yang berukuran 10’ x 10’. Para penjaja hendaklah menggunakan meja, kerusi dan kanopi biru sendiri dengan ukuran 10’ x 10’ semasa menjalankan aktiviti perniagaan untuk memastikan keseragaman serta memudahkan kerja-kerja susun atur dilakukan.

 

Jualan petak akan diadakan pada 8 Oktober 2022 (Sabtu) mulai jam 8:30 pagi di Auditorium DBKU, Bukit Siol, Jalan Semariang, Kuching. Semua petak jualan yang ditawarkan adalah atas dasar ‘First Come, First Serve.’

 

Penjaja dikehendaki untuk datang sendiri dan mestilah membawa dokumen pemohon serta pekerja/pembantu seperti berikut:-

 

  1. 1.     

Dua (2) keping gambar berukuran passport

  1. 2.     

Satu (1) salinan Kad Pengenalan

  1. 3.     

*Satu (1) salinan Sijil Kursus Pengendali Makanan  dan Satu (1) salinan Laporan Pemeriksaan Kesihatan beserta Suntikan Pelalian Anti Tifoid (Vaksin Demam Kepialu); ATAU

 

*Bagi jualan makanan dan minuman sahaja

*Satu (1) salinan Kad Pengendali Makanan DBKU

  1. 4.     

Yuran pembayaran (Tunai) – RM160.00

 


 

Semua penjaja diingatkan untuk mematuhi etika pengendalian makanan yang baik sejajar keperluan di bawah Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009  dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak DBKU.

 

Penggunaan bekas styrofoam/polisterin sebagai pembungkus makanan adalah TIDAK DIBENARKAN kerana ianya boleh menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar dan memudaratkan tahap kesihatan orang awam.

 

Selain itu, aktiviti pengambilan sampel makanan juga akan dijalankan sepanjang pesta tersebut berlangsung bagi memastikan makanan yang dijual adalah bersih serta selamat untuk orang awam.

 

Kerjasama penjaja dan pengunjung amatlah diharapkan agar tidak meletak kenderaan persendirian di tapak jualan dan memastikan kawasan sekitar sentiasa bersih sepanjang tempoh pesta tersebut berlangsung.

 

Untuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, sila hubungi Bahagian Pelesenan DBKU di talian 082-512955