Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 25
total visitor Total Visitors 8,055,917
APM FC, DBKU rebut juara - Suara Sarawak
Posted on : 31 Oct 2022  Source of News: Sarawak Voice
 

MEMBURU GELARAN JUARA…Pengarah APM Negeri Sarawak, Abdul Wahab Rahim (tengah) bersama pemain pasukan APM FC.

KUCHING: Kejohanan Bola Sepak Veteran 9 Sebelah, Piala Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki 2022 bakal melabuhkan tirainya di Stadium Negeri, Petra Jaya malam esok.

Sekali gus, menyaksikan pertembungan hebat dua pasukan pilihan iaitu APM FC dan DBKU yang akan berentap dipentas final bagi penentuan gelaran juara edisi pertama kejohanan ini.

Skuad APM FC kendalian jurulatih yang semakin meningkat naik kredibilitinya, Samsul Napiah berjaya mara ke final selepas menyingkirkan IPK (2-0) pada aksi separuh akhir petang semalam.

Berbanding kemenangan tipis (2-1) diperoleh pasukan DBKU ke atas Landas dalam satu lagi aksi separuh akhir.

“Kami siap sedia untuk mengharungi aksi final yang dijangka penuh mencabar malam esok sekali gus mahu mencipta sejarah dinobat selaku juara musim ini,” ujar ketua pasukan, Wihariyanto Saibon kepada Arena Suara Sarawak.

Menurutnya, beliau dan rakan-rakan lebih bersemangat dan seakan tidak sabar turun mengharungi detik sebenar perlawanan tersebut.

Penampilan skuad APM FC dilihat lebih mantap pada kejohanan kali ini apabila menyenaraikan ramai pemain berpengalaman.

Antaranya pasangan kembar Raymos Sari dan Ramles Sari, Bobby Pian, Abang Za’afari Abang Othman, Zulkarnien Poasa, Azrull Azree Saili.

Dua bintang sensasi kelab Ibraco FC, Sharuddin Salam dan Zainal Abidin Rahmat selain penyerang lincah, Ahmad Shukori Yusup dan ramai lagi.