Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 27
total visitor Total Visitors 7,968,302
Kanopi dipasang tanpa kelulusan, permit akan disita — DBKU
Posted on : 18 May 2019  Source of News: DAYAK DAILY
 

Kanopi yang disita telah dimasukkan ke dalam lori pihak penguatkuasa DBKU.

KUCHING, 17 Mei: Kanopi yang didirikan tanpa kelulusan dan permit Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di kawasan perbandaran tersebut akan dirampas oleh pihak berkuasa.

DBKU memberi amaran tersebut setelah mendapati 10 buah kanopi milik premis perniagaan yang dipasang tanpa kebenaran baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan media hari ini, DBKU berkata senario mendirikan kanopi di sepanjang jalan raya dan tempat parkir kereta semakin berleluasa menjelang perayaan Hari Gawai dan Hari Raya yang bakal tiba.

“Keadaan sebegini telah menimbulkan ketidakselesaan kepada orang awam kerana pemasangan kanopi seumpama ini menyebabkan halangan laluan kenderaan dan kekurangan tempat letak kereta awam lebih-lebih lagi terdapat pemasangan tanpa kelulusan dan permit DBKU.

“Pemasangan apa-apa struktur tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 22, Ordinan Bangunan, 1994,” jelas DBKU.

Pegawai DBKU sedang menutup kanopi kerana perniaga tidak mematuhi undang-undang pihak penguatkuasa tempatan. Pegawai DBKU sedang menyita meja dan kerusi perniaga kerana tidak mematuhi undang-undang pihak penguatkuasa tempatan.

Mengulas tindakan yang telah diambil baru-baru ini, dewan bandaraya tersebut mengatakan 10 buah premis perniagaan telah memasang kanopi di tempat awam seperti jalanraya dan tempat letak kereta.

Notis telah dikeluarkan kepada pemilik-pemilik premis sebanyak tiga kali untuk DBKU mendapatkan kebenaran, ataupun perniaga sendiri membuka kanopi-kanopi yang dipasang tanpa kebenaran, namun tiada sebarang pematuhan oleh pemilik-pemilik premis ke atas notis tersebut.

“Oleh itu, DBKU perlu mengambil tindakan tegas ke atas premis-premis perniagaan yang tidak mematuhi notis yang telah dikeluarkan. Tindakan juga akan diambil ke atas sebarang pemasangan kanopi jualan baru yang didirikan di atas kawasan tempat letak kereta.”

Untuk keterangan lanjut berkenaan perkara ini, perniaga dan orang ramai boleh menghubungi Mazlan Ridzuan, Bahagian Penguatkuasa, di talian 082-442696.