Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 40
total visitor Total Visitors 8,068,542
Rabies masih ancaman serius di Sarawak
Posted on : 08 Mar 2023  Source of News: Utusan Borneo
 



Dr Sim ketika ditemui pemberita selepas sidang media penganjuran Asia for Animals (AFA) Sarawak Conference 2023 hari ini.

KUCHING: Empat kematian daripada enam kes rabies membabitkan manusia di  negeri ini tahun ini (Januari hingga 5 Mac) menunjukkan wabak rabies masih ancaman serius di Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, kes kematian itu direkodkan masing-masing satu kes di Sibu, Kanowit, Siburan dan Bintulu.

Menurutnya dengan empat kes kematian terbaharu itu, jumlah kematian membabitkan manusia akibat rabies di Sarawak kini sebanyak 40 sejak kes pertama dilaporkan pada 2017.

Beliau juga berkata, kes gigitan haiwan untuk tempoh sama tahun ini menunjukkan peningkatan iaitu 2,210 kes dengan 1,205 merupakan kes gigitan anjing, 985 kucing dan 20 kes gigitan haiwan lain.

Sehubungan itu Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengingatkan pemilik haiwan peliharaan khususnya anjing serta kucing agar memberi suntikan vaksin anti-rabies setiap tahun.

"Jika anda ada anjing, adalah menjadi tanggungjawab anda memberi suntikan vaksin anti-rabies setiap tahun.

"Suntikan ini boleh didapati di pejabat Jabatan Veterinar di seluruh negeri secara percuma atau semasa program suntikan vaksin anti-rabies yang diadakan secara kerjasama antara Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Ini kerana anda tidak tahu sama ada haiwan peliharaan anda itu ada virus rabies atau tidak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sidang media mengenai penganjuran Asia for Animals (AFA) Sarawak Conference 2023 di sini, har ini.
Persidangan berkenaan akan diadakan pada 11 hingga 14 Oktober 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Dr Sim juga mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika terserempak dengan anjing terbiar bagi mengelak daripada digigit kerana tidak semuanya sudah divaksin.

"Jika kamu digigit dan tidak segera mendapatkan rawatan, kalau dibiarkan virus rabies boleh menjangkiti otak, 99 peratus peluang untuk mangsa meninggal dunia.

"Pada 2017, ada seorang mangsa rabies di Serian yang masih hidup hingga sekarang tetapi dia perlu dijaga seumur hidupnya kerana mengalami kerosakan otak. Jadi ini perkara yang sangat serius," ujarnya.

Dr Sim berkata, ramai mula lupa atau alpa dengan ancaman rabies kerana pandemik COVID-19 yang melanda dua tahun lalu.

"Banyak usaha telah dilakukan oleh kerajaan negeri selain mengadakan program vaksinasi anti-rabies percuma, satu pasukan khas dinamakan 'Immune Belt Enforcement Team' (iBET) ditubuhkan.

"Kita ada 32 anggota iBET yang ditempatkan di sepanjang sempadan negeri bermula dari Sematan hingga Lawas bagi mengawal penularan wabak rabies dengan lebih proaktif terutama di kawasan sempadan negara.

Sementara itu Pengarah JPVS Dr Adrian Susin Ambud mendedahkan bagi tempoh Januari hingga 5 Mac 2023 sebanyak 40 sampel haiwan dikumpul dan diuji, 18 daripadanya disahkan positif rabies iaitu 16 sampel anjing manakala dua kucing.

Berhubung program vaksinasi anti-rabies yang diadakan di seluruh negeri bagi tempoh sama, Dr Adrian berkata 514 haiwan telah divaksin, 492 adalah anjing dan 22 kucing.

Hadir sama pada sidang media itu, Presiden Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan Sarawak (SSPCA) Datin Dona Drury-Wee, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datu Junaidi Reduan dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng.