Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 71
total visitor Total Visitors 7,969,087
Nostalgia keindahan tiga kampung
Posted on : 19 Jul 2020  Source of News: Suara Sarawak
 

KUCHING: Esplanade tiga kampung Boyan, Gersik dan Sourabaya akan mengalami transformasi terutama dalam aspek pengindahan landskap.

Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ia termasuklah pemasangan lampu baharu dan menaik taraf landskap sedia ada.

Malah menurutnya, DBKU memperuntukkan dana khas untuk menaik taraf kemudahan di esplanade tersebut.

“Kawasan ini mempunyai potensi untuk menarik pelancong. Jadi kemudahan sedia ada perlu ditambah baik,” katanya ketika melawat Esplanade BGS baru-baru ini.

Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) menjelaskan, lebih menarik lagi kawasan perkampungan tersebut turut termasuk dalam Pelan Strategik Old Kuching Smart Heritage (OKSHe).

“Melalui OKSHe, nilai warisan yang terdapat di kawasan ini akan terus dikekalkan dan Tapak Pelancongan akan dibangunkan bagi menarik kehadiran pelancong,” ujarnya.

Bukan itu sahaja menurutnya, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) turut merancang untuk terus merancakkan sektor ekonomi masyarakat tempatan.

“Kita telah lihat SEDC membangunkan kemudahan perniagaan untuk penduduk kampung menjana pendapatan,” jelasnya.

Beliau menambah, usaha tersebut adalah untuk meningkatkan lagi tarikan kawasan tersebut dan tidak terhad kepada produk makanan sahaja.

“Kita mahu kawasan ini menjadi destinasi wajib pergi pelancong yang berkunjung ke bandar raya ini,” kata Dr Abdul Rahman.

Pengurus Besar SEDC Abdul Hadi Datuk Kadir; Ketua Kaum Kampung Gersik Jaafar Abong dan Ketua Kaum Kampung Boyan Abdul Hamid Ahmad antara yang hadir.