Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 131
total visitor Total Visitors 8,072,474
DBKU akan buka tiga pusat tumpuan awam mulai 1 Julai
Posted on : 28 Jun 2020  Source of News: PressReader
 
KUCHING: Tiga pusat tumpuan awam di bawah kendalian Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan mula dibuka bermula 1 Julai ini.

Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, pusat itu adalah Muzium Kucing, Taman Orkid dan Perpustakaan DBKU.

“Bagaimanapun orang awam yang hendak mengunjungi pusat tersebut perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan DBKU.

“Ketiga-tiga pusat tumpuan ini akan mula dibuka 1 Julai ini selepas ditutup sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Koordinasi Pengurusan DBKU di sini, kelmarin.

Bagi operasi pusat penjaja di bawah DBKU pula, menurut Menteri Muda Bekalan Air itu, ia akan bermula secara berperingkat-peringkat mengikut SOP yang ditetapkan.

“DBKU akan memaklumkan kepada penjaja mengenai tarikh operasi bermula dan SOP yang perlu dipatuhi,” ujarnya.

Manakala Majlis Pelancaran Bulan Kebersihan dan Hari Bebas Kenderaan akan ditunda ke tahun hadapan, ujarnya lagi.

Dr Abdul Rahman menambah, sambutan Hari Bandaraya pada 1 Ogos akan disambut dalam skala kecil ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Sementara itu menurutnya, operasi pemotongan rumput dalam kawasan pentadbiran DBKU telah bermula sejak pertengahan bulan lepas.

“Ini bermakna perkhidmatan disediakan DBKU sudah bermula dan ada antaranya beroperasi secara berperingkat-peringkat,” jelasnya.

Hadir sama Datuk Bandar DBKU Datu Junaidi Reduan, Pengarah DBKU Dr Morshidi Ahmad, timbalan-timbalan pengarah dan ketua-ketua bahagian.