Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 160
total visitor Total Visitors 8,073,782
MBKS, DBKU Akan Teruskan Kutipan Bayaran Tempat Letak Kereta Minggu Depan
Posted on : 11 May 2020  Source of News: TVSarawak.com
 

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan menyambung semula kutipan bayaran tempat letak kereta selewat-lewatnya awal minggu depan.

Datuk Bandar MBKS Datuk Wee Hong Seng seperti dilapor The Borneo Post berkata kedua-dua dewan sedang dalam proses menyelesaikan prosedur operasi standard (SOP) untuk Sistem Tempat Letak Kereta Kuching (KCPS) sebelum memaklumkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) bagi tujuan meneruskan kutipan yuran tempat letak kereta semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Katanya lagi, notis rasmi akan dikeluarkan kepada masyarakat sebelum urusan pengutipan dimulakan.

Manakala Datuk Bandar DBKU Datu Junaidi Reduan memaklumkan bahawa Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan telah memberikan pengesahan kepada MBKS dan DBKU untuk mula mengutip bayaran tempat letak kenderaan dalam tempoh PKPB yang telah dilanjutkan sehingga 9 Jun.

Katanya, arahan telahpun dikeluarkan kepada KCPS untuk kembali memungut bayaran tempat letak kereta.

MBKS dan DBKU telah menawarkan tempat letak kenderaan percuma kepada pemandu sejak 20 Mac susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan untuk mengekang penularan COVID-19.