Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 29
total visitor Total Visitors 7,967,549
Penduduk Petra Jaya gembira kesesakan jalan raya terlerai
Posted on : 13 Jan 2020  Source of News: Sarawak Voice
 

Sesuai dengan peredaran masa, kini Petra Jaya yang terletak di dalam kawasan
pentadbiran Dewan Bandar Raya Kuching Utara (DBKU), turut terkena tempias isu
kesesakan jalan raya.

Sudah tentu pertambahan penduduk dengan pembesaran kampung serta peluasan penempatan dan ditambah dengan peningkatan jumlah kenderaan, menjadi faktor penyebab kepada isu kesesakan ini.

Laluan bawah tanah Bulatan Datuk Temenggung Abang Kipali

Pembinaan laluan di bawah tanah (underpass) Bulatan Datuk Temenggung Abang
Kipali Abang Akip dengan kos RM60 juta sudah dirancang sebelum ini, siap pada
era Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dilantik sebagai Ketua Menteri.

Langkah berkesan yang membuat warga Petra Jaya semakin lega adalah apabila siapnya jalan dan Jambatan Tan Sri Sulaiman Daud dengan kos sebanyak RM145 juta yang membantu meleraikan kesesakan dihadapi 400,000 pengguna sekitar.

Jalan dari Matang menuju Batu Kawa menghubung Stutong itu memberi kemudahan kepada penduduk khususnya di sekitar Matang Jaya menggunakan laluan pintas menuju pusat bandar.

Kewujudan jambatan ini melengkapi kemudahan dua jambatan sedia ada; Jambatan Tun Abdul Rahman Yaakub dan Jambatan Tun Abang Salahuddin menghubungkan Petra Jaya dengan bandar raya Kuching selain baraj di Demak.

Jalan empat lorong dua hala 1.5 kilometer dan jalan baharu empat lorong dua hala
2.9 kilometer ini siap pada 19 April 2018.

Ini merupakan inisiatif kerajaan menyediakan jalan alternatif untuk rakyat,
menjimatkan masa 15-30 minit perjalanan dari Matang menuju ke Kuching
Sentral.

Selain tiga jambatan termasuk binaan baraj di Demak menghubungkan bandar
raya Kuching dengan Petra Jaya, terdapat beberapa binaan jalan raya dibina di
sekitar wilayah Petra Jaya.

Lingkaran Jalan Luar dan Dalam

Pembinaan Lingkaran Jalan Luar dan Dalam di sekitar bandar raya dilakukan demi
mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Projek Lingkaran Jalan Luar merupakan projek penyambungan keseluruhan Jalan
Wawasan ke kawasan luar sehingga ke bahagian jalan di Tol Bintawa serta Jalan
Pending.

Ini termasuklah Jalan Lingkaran Samariang.

Bagi Projek Lingkaran Jalan Dalam, pembinaan penyambungan jalan ini
mengutamakan jalan di kawasan Matang misalnya Jalan Batu Kawa ke Jalan
Malihah.