Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 117
total visitor Total Visitors 8,092,089
KIK DBKU rangkul tiga anugerah pada MTex Wilayah Sarawak
Posted on : 14 May 2019  Source of News: PressReader
 

BANGGA: Wakil KIK DBKU menyerahkan piala dan sijil anugerah yang dimenangi kepada Abang Wahap (tujuh kanan).

KUCHING: Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) merangkul tiga anugerah pada Konvensyen Team Excellence Peringkat Mini (MTex) Wilayah Sarawak pada April lepas.

Konvensyen tersebut merupakan anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang disertai pelbagai KIK termasuk daripada DBKU.

Dua daripada tiga anugerah tersebut dimenangi Kumpulan MEKATRIK ‘7’ Jabatan Perkhidmatan Pembangunan Bandar dan Landskap DBKU menerusi projek bertajuk ‘Ez-Power’ iaitu pemasangan bekalan elektrik untuk tandas mudah alih.

Projek tersebut telah berjaya merangkul Anugerah Emas dan Anugerah The Most Promosing Circle.

Manakala Kumpulan F.M.B (Gabungan Jabatan Perkhidmatan Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Pembangunan Bandar dan Landskap dan Jabatan Perkhidmatan Infrastruktur) telah mendapat Anugerah Emas untuk projek LEAN mereka yang bertajuk Proses Pembayaran Bil SESCO Lampu Jalan.

Dalam pada itu, piala kemenangan telah diserahkan kepada Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai oleh keduadua kumpulan tersebut pada Perhimpunan Bulanan DBKU bagi bulan Mei baru-baru ini.

Perhimpunan tersebut dimulakan dengan sesi taklimat skim perlindungan kesihatan MAKSAK Medic Care yang disampaikan Ketua Perunding Program Medicare MAKSAK Govindasamy Shammugam.

Objektif taklimat tersebut adalah untuk berkongsi maklumat dengan warga kerja DBKU tentang pentingnya perancangan penjagaan kesihatan diri serta persediaan diri dalam menghadapi apaapa kemungkinan sepanjang menjalankan tugas dan kehidupan seharian.

Pada perhimpunan tersebut, DBKU turut meraikan enam warga kerja DBKU yang bersara dan 27 staf yang telah berkhidmat selama 25 tahun.

Kesemua warga kerja yang diraikan menerima sijil penghargaan dan pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernilai RM500 untuk Bumiputera serta pelaburan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Premium bernilai RM500 untuk yang bukan Bumiputera.