Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 26
total visitor Total Visitors 8,074,828
Naik taraf perindah Tebingan Kuching dilaksana tahun ini
Posted on : 29 Mar 2019  Source of News: Utusan Borneo
 
 Abang Johari melancarkan majlis Agenda Warisan Pintar Old Kuching 2019 di Tebingan Kuching, malam kelmarin. Turut kelihatan Dr Sim, Morshidi dan Abang Abdul Wahap. RASMI: Abang Johari melancarkan majlis Agenda Warisan Pintar Old Kuching 2019 di Tebingan Kuching, malam kelmarin. Turut kelihatan Dr Sim, Morshidi dan Abang Abdul Wahap.

KUCHING: Tebingan Kuching bakal berubah wajah dengan kerja-kerja naik taraf yang akan dilakukan pada tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ia melibatkan kerja-kerja naik taraf tebingan dari Kampung Sungai Bedil hingga ke Kampung Tanjung.

“Kita kini dalam pembukaan tender dan kontraktor akan mula melaksanakan kerja-kerja menaik taraf Tebingan Kuching dari Kampung Sungai Bedil hingga ke Kampung Tanjung pada tahun ini.

“Ini bermakna kedua-dua tebingan sungai terbabit akan kita cantikkan dengan kemudahan terkini. Dengan itu, laluan Sungai Sarawak akan menjadi laluan sungai yang indah, mungkin terindah di Malaysia,” katanya pada majlis perasmian Agenda Warisan Pintar Old Kuching 2019 di Tebingan Kuching di sini, malam kelmarin.

Abang Johari berkata, kerajaan Sarawak membelanjakan projek tersebut sebab mahu bandar raya Kuching terus mesra dan mesra alam.

“Tahun ini secara berperingkat, kita mengubah cara pengangkutan awam di Kuching dengan memperkenalkan bas elektrik tanpa pengeluaran asap.

“Daripada bas elektrik, kita juga memperkenalkan bas hidrogen dengan tiga unit akan tiba ke Kuching pada Mei nanti,” ujarnya.

Selain mesra alam katanya, tahap kebersihan udara di bandar raya Kuching akan terjamin dengan adanya penggunaan teknologi baharu dalam pengangkutan awam seumpama ini.

“Bukan sahaja mesra alam tetapi penduduk bandar raya Kuching juga akan dilatih menggunakan teknologi dengan memperkenalkan e-wallet menerusi aplikasi Sarawak Pay.

“Justeru, penduduk jangan risau sebab keselamatan aplikasi tersebut adalah terjamin. Kesemua ini merupakan antara usaha kita untuk menjadikan Kuching bukan sahaja bandar raya yang mempunyai warisan tetapi juga bandar raya pintar,” katanya.

Agenda Warisan Pintar Old Kuching anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dengan kerjasama Old Kuching Smart Heritage (OKSHe) dan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) berlangsung selama tujuh hari bermula 25 hingga 31 Mac ini.

Hadir sama isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Sarawak Tan Sri Datuk Amar Morshidi Abdul Ghani, Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai serta tetamu kehormat lain.