Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 26
total visitor Total Visitors 7,973,136
Penetapan lokasi khas untuk merokok disambut baik
Posted on : 04 Jan 2019  Source of News: Utusan Borneo
 

 

 Safani (kiri) dan Zulkepli merokok secara berhemah di salah satu lokasi khas yang ditetapkan DBKU di Tebingan Kuching. TERATUR: Safani (kiri) dan Zulkepli merokok secara berhemah di salah satu lokasi khas yang ditetapkan DBKU di Tebingan Kuching.

KUCHING: Warga kota menyambut baik langkah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menetapkan tiga lokasi khas merokok di sekitar Tebingan Kuching di sini.

Tebingan Kuching yang merupakan di bawah pentadbiran DBKU telah ditetapkan sebagai zon larangan merokok bagi menggalakkan masyarakat menyokong budaya antimerokok.

Bagaimanapun mereka yang merokok masih lagi boleh merokok tetapi hanya di lokasi khas yang telah ditetapkan DBKU.

Tiga lokasi khas merokok ini masing-masing di kawasan letak kereta Masjid Terapung, kawasan letak kereta bersebelahan Pejabat Pengurusan Tebingan Kuching dan kawasan letak kereta Hornbill Fountain.

Dalam pada itu Safani Hasbi yang ditemui di Tebingan Kuching menyambut baik langkah DBKU menetapkan lokasi khas merokok itu.

Katanya, langkah itu dapat mengelak daripada pembuang-an puntung rokok secara merata di sekitar Tebingan Kuching oleh perokok yang tidak bertanggungjawab.

“Saya sendiri sebagai perokok menyambut baik langkah ini supaya masyarakat kita tidak membuang puntung rokok merata-rata.

“Keduanya, Tebingan Kuching ini merupakan kawasan awam serta tumpuan ramai dan mungkin ada kalangan pengunjung yang tidak selesa dengan bau serta asap rokok.

“Jadi ada baiknya Tebingan Kuching ditetapkan sebagai zon larangan merokok dan bagi mereka yang mahu merokok, merokoklah di lokasi khas yang disediakan,” katanya.

Sementara itu, Zulkepli Kontil berpendapat bahawa sebaiknya lebih banyak lagi kawasan awam dan taman-taman awam ditetapkan sebagai zon larangan merokok dan bukan sahaja di Tebingan Kuching.

“Tiga lokasi khas merokok yang disediakan di Tebingan Kuching ini bukan untuk menggalakkan masyarakat untuk merokok.

“Tetapi ia bertujuan mendidik masyarakat terutama perokok supaya merokok dengan lebih bertanggungjawab dan menyemai budaya antimerokok dalam kalangan masyarakat kita,” katanya.

Dalam pada itu, lokasi khas merokok ini telah dirasmikan Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai pada Isnin lepas.

Inisiatif ini adalah susulan daripada langkah DBKU menguatkuasakan zon bebas asap rokok di premis makanan dalam kawasan DBKU pada 1 Januari 2017.