Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 32
total visitor Total Visitors 7,968,999


Merujuk kepada Arahan Pematuhan Kerja di tapak bina pada 18 Mac 2020, semua kerja pembinaan ditapak adalah dihentikan kecuali kerja-kerja essential. Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri Malaysia dimana Kerajaan Malaysia telah bersedia untuk membuka semua ekonomi negara dan Kerajaan Negeri turut membenarkan sebahagian industri dan aktiviti perniagaan di Sarawak beroperasi mulai 12 Mei 2020, maka dengan ini tuan/puan adalah dibenarkan untuk memulakan kerja dengan syarat telah mengisi Senarai Semak Projek Untuk Disambung Kerja Pembinaan Bagi Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Ikrar Akujanji.

 

Semua Kontraktor/ Pembekal adalah dikehendaki untuk sentiasa mematuhi Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara, Ministry of International Trade and Industry (MITI), Construction Industry Development Board (CIDB) dan State Disaster Management Committee (SDMC).

 

Pihak kontraktor boleh memulakan kerja mulai 12 Mei 2020 atau selewat-lewatnya 18 Mei 2020 dengan syarat telah mengembalikan semula Senarai Semak Projek Untuk Disambung Kerja Pembinaan Bagi Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Ikrar Akujanji. Kegagalan untuk mematuhi SOP boleh membawa kepada tindakan undang-undang, dihentikan operasi tapak atau apa-apa tindakan yang berkaitan. SOP dan Borang senarai semak memulakan kerja boleh dimuat turun di dalam Laman Web DBKU.


PAUTAN:

A) SENARAI SEMAK

B) PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP)

 

 

“TOGETHER WE CARE”

 

Pengarah, DBKU