Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Pelawat Di Talian 23
total visitor Jumlah Pelawat 7,972,536
Perutusan Datuk BandarPerutusan Datuk Bandar

PERUTUSAN LAMAN WEB

YANG BERBAHAGIA TUAN HAJI HILMY BIN HAJI OTHMAN

DATUK BANDAR KUCHING UTARA

 

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Salam Sejahtera…

Alhamdullilah, terlebih dahulu marilah kita merafakkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya, dapatlah kita meneruskan usaha DBKU dalam melaksanakan tanggungjawab mengurus dan mentadbir Bandaraya Kuching.

Bagi menyokong dan merealisasikan iltizam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia ke-10 untuk mewujudkan konsep Government Technology (GovTech), Dewan Bandaraya Kuching Utara juga berusaha untuk memperluaskan akses perkhidmatan awam kepada warga bandaraya dan dalam fasa untuk beralih kepada pendigitalan perkhidmatan yang diungkapkan sebagai Kerajaan Berteknologi Termaju.

Adalah menjadi harapan saya agar Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuching Utara mampu menjimatkan kos, masa dan tenaga warga bandaraya, serta berhasil menunjukkan penerimaan yang positif dan mencatat kemajuan dalam penyampaian dan penerimaan maklumat yang tepat kepada semua.

Tahniah dan terima kasih di atas kerjasama seluruh warga bandaraya dalam merealisasikan impian menjadikan Bandaraya Kuching sebuah bandaraya  yang Bersih, Cantik, Selamat, Pintar, dan Lestari. Atas usaha kita semua, saya yakin ianya akan membawa perubahan yang positif bagi mencapai matlamat kita.

Sekian, terima kasih.