Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Pelawat Di Talian 36
total visitor Jumlah Pelawat 7,970,872
Taman OrkidTaman Orkid

PENGENALAN


Taman Orkid DBKU yang asalnya terletak di Pengkalan Sapi dengan keluasan 6.8 ekar, telah siap dibina dan dibuka kepada orang awam pada tahun 1994. Walau bagaimanapun, tapak tersebut telah dirobohkan bagi memberi laluan ke atas pembinaan kompleks baru Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sarawak pada tahun 2003. Pokok-pokok orkid daripada Taman Orkid tersebut telah dipindahkan ke Tapak Semaian Depo DBKU, Semariang untuk penyimpanan sementara.

Taman Orkid DBKU sekarang yang terletak bersebelahan dengan Astana Negeri dan Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak dengan keluasan 15.4 ekar telah dibina pada 1 Disember 2007 dan dibuka kepada orang awam pada 5 Mei 2009.

Majlis perasmian bagi Taman Orkid ini telah dilaksanakan oleh Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak pada 5 Mac 2010.

Taman Orkid secara dekat mempamerkan kepelbagaian jenis dan warna tanaman orkid dari jenis hibrid dan spesis epiphytic serta terrestrail yang ditanam di kawasan terbuka dan teduh. Keseluruhan taman memlikik koleksi sebanyak 75,000 pokok orkid dari 65 jenis genera.

Tarikan utama Taman Orkid adalah koleksi Orkid Borneo yang terkenal dengan bunganya yang cantik dan berpotensi dijadikan tanaman hortikultur. Antara jenis Orkid Borneo yang terdapat di taman ini adalah seperti Lady's Slipper (Paphioppedillum Stonei dan P.Lowii), Coelogyne Dearei dan Phalaenopsis Bellina.



MASA LAWATAN

  • 9.30am hingga 6.00pm (Selasa hingga Ahad termasuk Cuti Umum)
  • Tutup pada setiap Isnin untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

BAYARAN MASUK

  • PERCUMA dan tiada sebarang caj dikenakan ke atas kamera dan pengambilan foto.

Sila hubungi Bahagian Pembangunan Perniagaan,Lot 462/463, Tingkat 1, Bangunan Al-Edrus, Satok Commercial Centre, Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak atau telefon 082-416975 untuk maklumat lanjut.