Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Pelawat Di Talian 24
total visitor Jumlah Pelawat 8,096,585
Perutusan PengarahPerutusan Pengarah

PERUTUSAN LAMAN WEB DBKU

YANG BERUSAHA DR MORSHIDI AHMAD,

PENGARAH DBKU

 

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…          

Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan…

Syukur Alhamdulillah kerana atas limpah kurnia dan izinNya kita dapat menunaikan tugas dan tanggungjawab DBKU dalam mengurus tadbir Bandaraya Kuching ke arah pembangunan mapan dan kemajuan yang lebih cemerlang di samping penyampaian perkhidmatan yang berkualiti.

Penyediaan laman web ini merupakan salah satu inisiatif yang diambil oleh DBKU untuk memberikan informasi terkini, tepat, mudah dan berkesan bertepatan dengan visi kami iaitu “Kuching… Bandaraya Pilihan yang Berdayahuni dan Dinamik” yang mengutamakan pembangunan lestari dan bestari menjelang tahun 2020.

Sebagai sebuah agensi kerajaan yang sentiasa dekat dengan rakyat dalam setiap perkhidmatan yang diberikan, DBKU sentiasa berusaha  menyediakan maklumat yang tepat serta memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam setiap tindakan. Penggunaan aplikasi Whatsapp Aduan DBKU di 0168864466 merupakan salah satu wadah komunikasi yang mudah dan berkesan di mana masyarakat boleh mengemukakan  sebarang maklum balas atau aduan kepada pihak DBKU dengan cepat untuk tindakan sewajarnya. Di samping itu, terdapat juga saluran radio online iaitu RadioKU yang telah dilancarkan pada 27 mac 2019 di mana DBKU sebagai PBT Sarawak pertama yang mempunyai siaran radio atas talian. Dua segmen iaitu Segmen Hello Kuching! pada jam 9:00 hingga 10:00 pagi dan Segmen Info BandarayaKU pada jam 3:00 hingga 4:00 petang, setiap Isnin hingga Jumaat diwujudkan sebagai saluran komunikasi dan penyampaian maklumat kepada wargakota dengan tagline “Kusss..Semengat!” dan boleh didengar menerusi laman web rasmi iaitu di https://dbku.sarawak.gov.my

Selain itu, penglibatan aktif komuniti dalam Kejiranan Mesra DBKU membuktikan bahawa pembangunan komuniti di kawasan Kuching Utara sangatlah proaktif dan komited melalui penganjuran pelbagai aktiviti dan program sepanjang tahun 2019.

Besarlah harapan saya agar pada tahun ini, sinergi antara DBKU dengan komuniti di bawah pentadbiran DBKU khasnya dan masyarakat Kuching amnya akan dapat diteruskan bagi membentuk Bandaraya Kuching yang lebih harmoni, bersih, cantik dan selamat serta lebih banyak lagi kejayaan mendatang khususnya dalam peningkatan dan pembangunan sosio ekonomi komuniti.

 

 

 

 

 

Selamat Melayari Laman Web DBKU!

#togetherwecare

 

Sekian, Terima KasihWabillahitaufik Walhidayah Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

 

 

DR MORSHIDI AHMAD

PENGARAH DBKU