Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Pelawat Di Talian 24
total visitor Jumlah Pelawat 8,074,785
VAL FAQVAL FAQ

1) S : APAKAH CUKAI TAKSIRAN?

J :

Cukai Taksiran atau Cukai Pintu yang dikutip oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) ialah cukai yang dikenakan ke atas harta yang terletak di dalam kawasan Bandaraya Kuching Utara.





2) S : BILAKAH CUKAI TAKSIRAN DIBAYAR?

J
: Cukai Taksiran perlu dibayar dua (2) kali setahun iaitu:



PENGGAL

TEMPOH BAYARAN TERAKHIR

  1. Pertama (Jan-Jun)

31 Mei

  1. Kedua (Jul-Dis)

31 Oktober

3)
S
: BAGAIMANA HENDAK MEMBAYAR?

J
:

 Bayaran boleh dijelas secara:

1. Tunai

2. Kad Kredit (American Express, Visa dan Mastercard)

 

3. Kad Debit (Maybank, Hong Leong Bank, RHB Bank, Alliance Bank, Public Bank, bank Islam, Ambank, EON Bank, Affin Bank, CIMB)

 

4. Cek, wang pos, kiriman wang dibayar atas nama "DATUK BANDAR KUCHING UTARA"





4)
S
: DIMANA BOLEH DIBAYAR?

J
:

a. Ibupejabat DBKU, Bukit Siol, Jalan Semariang, 93050 Kuching

 

b. Kaunter Perkhidmatan DBKU, Bangunan Al-Idrus Commercial Centre, Jalan Satok, 93400 Kuching

 

c. Kaunter Pembayaran SBBS (MBKS, MPP, Telekom, Lembaga Air Kuching, SESCO) d. Paybills Malaysia ( Pembayaran Secara Atas Talian)





5)
S
: APAKAH PERLU DIBUAT JIKA TIDAK MENERIMA BIL?

J :

Bil salinan boleh didapati daripada:

 

Bahagian Penilaian

 

Tingkat 1, Bukit Siol, Jalan Semariang, 93050 Kuching Tel: 082-512200 sambungan 103/104

 

INFO CUKAI TAKSIRAN: 082-448822

 

Kaunter Pembayaran DBKU

 

Bangunan al-Idrus Commercial Centre, Jalan Satok, 93400 Kuching Tel: 082-234654





6)
S : APAKAH TINDAKAN YANG DIKENAKAN JIKA TIDAK MENJELASKAN CUKAI TAKSIRAN DALAM TEMPOH BAYARAN TERSEBUT?

J :

Denda sebanyak 1% setiap bulan calendar atau sebahagian daripadanya. Sekitarnya cukai taksiran masih belum dijelaskan, Datuk Bandar berhak menuntut segala tunggakan menurut kuasa yang terkandung dalam Bahagian VII Locak Authorities Ordinance, 1996 seperti berikut.

a)  Mengenakan kaveat ke atas pegangan

b)  Mengambil tindakan mahkamah

c)  Merampas dan menjual harta alih atau memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk menahan dan menjual hartanah.








Jika soalan anda tidak tersenarai di atas, sila hubungi kami di talian 082-512200