Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkuflickr
dbkufb
Perutusan Datuk BandarPerutusan Datuk Bandar

PERUTUSAN LAMAN WEB DBKU EDISI JANUARI 2019

YANG BERBAHAGIA DATUK HAJI ABANG ABDUL WAHAP BIN HAJI ABANG JULAI

DATUK BANDAR KUCHING UTARA

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh……

Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan….

 

Syukur ke hadrat Illahi atas perkenanNya dan izinNya juga maka kita telah selamat menjengah  ke tahun 2019.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2019 kepada seluruh warga Bandaraya Kuching serta seluruh warga kerja Dewan Bandaraya Kuching Utara yang saya kasihi. Pejam celik, Tahun 2018 telah berlalu meninggalkan kita dengan pelbagai lakaran dan sisipan memori yang terindah. Tidak juga dilupakan perit jerih yang telah kita harungi sepanjang tahun 2018, sesungguhnya liku dan ranjau yang kita lalui akan dijadikan teladan dan pedoman untuk menghadapi masa mendatang.

Pada tahun 2019 ini, marilah kita bersama-sama memulakannya dengan azam baru dan juga semangat baru... In Sha Allah, tahun 2019 akan menjadikan kita lebih beriltizam dalam mengukir pelbagai kejayaan yang bakal menanti. 

Sebagai upacara pembuka tirai untuk tahun 2019 ini, Dewan Bandaraya Kuching Utara akan menganjurkan Majlis Agenda Kuching Bandaraya Warisan Pintar 2019 dengan tema ”Kuching Bandaraya Warisan Pintar - Empowering Smart Community” pada 25 hingga 31 Mac 2019 bertempat di Square Tower, Tebingan Sungai Kuching. Majlis yang berlangsung selama tujuh hari berturut-turut itu akan dimeriahkan lagi dengan penganjuran pelbagai aktiviti menarik. Selain daripada penganjuran Majlis Agenda DBKU 2019 terdapat pelbagai lagi acara, program serta aktiviti yang bakal berlangsung sepanjang tahun 2019 ini,di antaranya adalah Program Bubur Lambuk/Pedas KJM DBKU, Ihya Ramadhan 1440H, Kuching City International Dart Open 2019 (KCO), 13th Asia Pacific Orchid Conference (APOC 13), Karnival Sukan KomunitiKU, Perasmian Hari Bandaraya Ke-31, BandarayaKU Berselawat, City Day Fun Run & Ride 2019, Siol Mountain Bike Challenge 2019 (SIMBC), Karnival Maal Hijrah 1441H dan Ekspo Usahawan DBKU 2019, DBKU Criterium Race 2.0, Pulau Salak Berselawat serta banyak lagi aktiviti yang bakal menanti warga kota sekalian.

 

Diharap apa yang kami sajikan kepada warga kota pada tahun ini dapat menyerikan lagi Bandaraya Kuching dan dapat menyumbang kepada kemeriahan sambutan Tahun Melawat Sarawak 2019.

 

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga Bandaraya Kuching di atas sokongan padu dan semoga anda akan terus komited untuk memberi sokongan kepada kami di DBKU dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada Bandaraya Kuching dan warga kotanya.

 

Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2019 kepada seluruh warga Bandaraya Kuching. Semoga tahun 2019 ini bakal membawa barakah serta kesejahteraan kepada kita semua.

Sekian....

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….

 

DATUK HAJI ABANG ABDUL WAHAP BIN HAJI ABANG JULAI

DATUK BANDAR KUCHING UTARA