Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Pelawat Di Talian 24
total visitor Jumlah Pelawat 8,055,044
Perancangan, Pembangunan, Persekitaran dan Teknikal (JPPT)Perancangan, Pembangunan, Persekitaran dan Teknikal (JPPT)



TERMA RUJUKAN

JAWATANKUASA  PERANCANGAN, PEMBANGUNAN, PERSEKITARAN DAN TEKNIKAL (JPPT)

 A.

TERMA RUJUKAN :

 

Untuk menerima, menolak, menimbang perkara-perkara seperti berikut ;-


  •  

Kerja Raya dan Lalulintas


 

1

Cadangan dan pelan bagi pembinaan jalan, jambatan, parit, pembentung, tembok penahan dan tempat pejalan kaki.


 

2

Menentukan peruntukan lampu jalan, lampu isyarat, tempat letak kereta, stesen dan perhentian bas, stesen teksi serta pondok menunggu bas.


 

3

Meluluskan penutupan sementara bagi jalan-jalan yang dibaiki atau bagi kegunaan majlis awam.


 

4

Meluluskan penggunaan tempat awam seperti kaki lima, kedai dan kawasan membeli belah.


 

5

Kawalan ke atas penggunaan kenderaan bukan mekanikal di jalan awam.


 

6

Menentukan penamaan dan perletakan tanda nama bagi jalan, taman-taman awam dan taman permainan/rekreasi.


 

7

Menentukan arah aliran lalulintas bagi jalan awam yang dibina oleh Dewan atau agensi lain.


 

8

Perkara-perkara berkaitan lalulintas yang disaran oleh Jawatankuasa lain.


  •  

Kawalan Bangunan


 

1

Polisi kawalan pembinaan/pengubahsuaian bangunan berdasarkan ‘Buildings Ordinance 1994’.


 

2

Menentukan tindakan undang-undang ke atas kerja-kerja bangunan yang tidak mematuhi ordinan.


 

3

Mempertimbangkan cadangan bangunan DBKU sendiri seperti pasar, tempat perhentian dan terminal bas, ‘bandstands’ dan kemudahan awam lain berkaitan dengan  taman.


  •  

Pengindahan Bandaraya


 

1

Menentukan tindakan untuk meningkatkan kualiti alam sekitar (contohnya penanaman pokok).


 

2

Pembangunan taman rekreasi dan taman awam, pembinaan  arca dan tugu peringatan


 

3

Perlandskapan


  •  

Kesihatan Awam


 

1

Penyelenggaraan hal-hal berkaitan kesihatan awam (contoh pencegahan berlakunya penyakit berjangkit).


 

2

Penubuhan dan penyelenggaraan stesen penyahjangkit.


 

3

Penyelenggaraan standard kesihatan awam di tempat awam (contoh penyediaan tandas awam, tong sampah dan lain-lain).


 

4

Pengutipan dan pembuangan sampah dalam usaha meminimakan sampah.


 

5

Pengurusan sisa kumbahan.


  •  

Teknikal


 

1

Menilai, menimbang dan menyemak(review) jika perlu cadangan projek-projek yang melibatkan DBKU


 

2

Menimbang semula dan meringankan (mitigate) jika berlakunya masalah pada projek tersebut.


 

3

Menerima laporan dan menilai prestasi projek-projek, jika perlu.

  B.

KORUM :

 


Kehadiran adalah 50% daripada jumlah keahlian.


Jika ketidakhadiran pengerusi, salah seorang ahli yang hadir akan dipilih dikalangan ahli-ahli dalam jawatankuasa yang hadir pada mesyuarat tersebut untuk mempengerusikan mesyuarat.


Jika ketidakhadiran Pengerusi, maka pengerusi yang dilantik di kalangan ahli-ahli mempunyai undi yang lebih.

 

C.

KEKERAPAN MESYUARAT :

 

 

Sekurang-kurangnya 4 kali setahun