Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Pelawat Di Talian 28
total visitor Jumlah Pelawat 7,971,572
DBKU, MBKS wujudkan pusat kawalan digital - Abang Johari
Tarikh : 02 Aug 2021  Sumber Berita: Utusan Borneo
 
Abang Johari menyampaikan ucapan. - Gambar ihsan Jabatan Penerangan Abang Johari menyampaikan ucapan hari ini. - Gambar ihsan Jabatan Penerangan

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dicadangkan untuk mewujudkan pusat kawalan digital atau digital command centre bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, usaha itu selaras dengan hasrat kerajaan negeri ke arah menjadikan Kuching sebagai bandar raya pintar menjelang 2030.

Menurutnya, kerajaan negeri telah menubuhkan pusat yang sama di bangunan Baitulmakmur II di Petra Jaya di sini, dengan semua maklumat berkenaan kegiatan dan perkhidmatan rakyat dikumpulkan dan disimpan dalam pangkalan data.

“Maka itu, saya mencadangkan DBKU dan MBKS untuk menubuhkan pusat kawalan digital sendiri dan dihubungkan terus ke  pusat kawalan digital negeri.

“Ini bermakna ia akan membolehkan penyambungan, hubungan dan pertukaran maklumat antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri, sekali gus membolehkan kita memperbaiki kelemahan yang ada,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Majlis Memperingati Hari Bandar Raya Kuching Ke-33 dengan bertemakan Transformasi Digital ke Arah Membentuk Bandar Raya Kuching Pintar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Baharu di sini, hari ini.

Abang Johari bersama tetamu kehormat lain menaikan bendera Hari Bandaraya Kuching ke-33. - Gambar ihsan Jabatan Penerangan Abang Johari bersama tetamu kehormat lain mengibarkan bendera Hari Bandaraya Kuching ke-33. - Gambar ihsan Jabatan Penerangan

Abang Johari berkata, pusat maklumat digital itu diwujudkan bagi memperbaiki segala kelemahan dalam penyampaian perkhidmatan  kepada masyarakat.

Mengambil contoh situasi pandemik COVID-19, beliau berkata, ada syarikat perkhidmatan pengumpulan sampah menghadapi masalah berikutan beberapa kakitangannya positif COVID-19 sekali gus memberi kesan dalam memungut sisa buangan.

“Apabila masalah seperti ini berlaku, kita tahu bahawa kita perlu mempunyai proses pembaikan. Bermakna kita boleh mewujudkan alternatif penyelesaian dari sudut perkhidmatan yang dikehendaki rakyat.

“Ini cuma satu contoh tetapi saya rasa denban adanya perhubungan digital, kita (PBT) dapat memperbaiki bidang lain termasuk masalah perjalanan trafik yang ada di kawasan masing-masing,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap PBT terbabit akan terus memainkan peranan masing-masing ke arah menjadikan Kuching sebagai bandar raya pintar.

“(Dan) pada masa sama merealisasikan hasrat menjadikan Sarawak sebagai negeri maju di Malaysia menjelang 2030. DBKU dan MBKS perlu bergerak seiring dan pantas bagi mencapai matlamat ini,” katanya.

Hadir sama, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr. Sim Kui Hian; Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan DBKU Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi; Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Datuk Bandar DBKU Datuk Junaidi Reduan dan Datuk Bandar MBKS Datuk Wee Hong Seng.