Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkuflickr
dbkufb
Jabatan terbaik menangi RM50,000
Tarikh : 07 Dec 2019  Sumber Berita: Suara Sarawak
 

KUCHING: Jabatan Tanah dan Survei berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000 apabila menang Anugerah Emas Perkhidmatan Awam Negeri bagi Kategori Piala Ketua Menteri.

Anugerah Perak bagi kategori yang sama dimenangi Sarawak Energy Berhad (SEB), sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000.

Sementara itu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sarawak pula menang Anugerah Gangsa bagi Kategori Piala Ketua Menteri yang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kepada para pemenang pada Hari Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak di BCCK di sini baru-baru ini.

Bagi kategori Piala Setiausaha Kerajaan Sarawak pula, Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak menang Anugerah Emas yang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000.

Anugerah Perak pula disandang oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dengan hadiah wang tunai RM25,000. Lembaga Kemajuan Bintulu menang Anugerah Gangsa dan membawa pulang wang tunai RM20,000.

Sementara itu, Anugerah Emas bagi Kategori Piala Setiausaha Persekutuan Sarawak dimenangi Yayasan Sarawak dengan hadiah wang tunai RM20,000.

Anugerah Perak bagi kategori yang sama disandang oleh Pustaka Negeri Sarawak dengan wang tunai RM15,000.

Pulang dengan wang tunai RM10,000 ialah Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) selepas dinobatkan pemenang Anugerah Gangsa untuk kategori yang sama.

Turut disampaikan ialah Anugerah Ketua Menteri untuk tiga kategori iaitu pihak berkuasa tempatan, pejabat residen dan daerah termasuk agensi pentadbiran negeri.

Anugerah emas bagi tiga kategori terbabit ialah Majlis Perbandaran Sibu, Pejabat Residen Bahagian Limbang dan Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan yang masingmasing membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000.

Anugerah Perak pula dimenangi oleh Majlis Perbandaran Padawan, Pejabat Residen Mukah serta Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli dengan hadiah wang tunai RM15,000.

Sehubungan itu, Majlis Daerah Lundu, Pejabat Residen Bahagian Sarikei dan Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak menang Anugerah Gangsa masingmasing membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.