Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Pelawat Di Talian 44
total visitor Jumlah Pelawat 8,069,122
DBKU mulakan inisiatif plogging, riadah sambil menjaga kebersihan bandar raya Kuching
Tarikh : 28 Oct 2019  Sumber Berita: Utusan Borneo
 
Dr Abdul Rahman (tiga kiri) menyerahkan beg plastik kepada warga kerja DBKU sebagai simbolik bermulanya  Program Plogging. Turut kelihatan Junaidi (dua kiri) serta yang lain. Dr Abdul Rahman (tiga kiri) menyerahkan beg plastik kepada warga kerja DBKU sebagai simbolik bermulanya Program Plogging. Turut kelihatan Junaidi (dua kiri) serta yang lain.

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) memperkenalkan inisiatif baru iaitu Program Plogging bagi membudayakan amalan mengutip sampah. 

Program Plogging merupakan satu aktiviti riadah seperti joging sambil mengutip sampah yang dijumpai.

Simbolik penyerahan beg plastik bagi membudayakan aktiviti plogging diadakan hari ini sempena Majlis Perhimpunan Khas di Auditorium DBKU di sini. 

Majlis perhimpunan khas tersebut dihadiri Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air). 

Turut hadir Datuk Bandar Kuching Utara, Datu Junaidi Reduan; Pengarah DBKU Dr Morshidi Ahmad; Timbalan Pengarah Prinsipal DBKU, Mohamed Khaidir Abang. 

Mengulas lanjut mengenai Program Plogging, ia bertujuan memupuk kesedaran dan kepekaan dalam kalangan orang awam terhadap penjagaan alam sekitar. 

Sehubungan itu, Datuk Bandar menyarankan agar aktiviti ini dimulakan oleh warga kerja DBKU sebelum dipanjangkan kepada orang awam. 

Di bawah program ini setiap warga kerja DBKU akan dibekalkan dengan plastik sampah yang akan dibawa ke mana sahaja bagi membudayakan "you see litter, you pick it up". 

Pada perhimpunan khas hari ini, Dr Abdul Rahman turut menyampaikan anugerah kepada warga kerja DBKU yang telah berkhidmat 25 tahun dan sijil penghargaan kepada pegawai bersara.